Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

From Lilo & Ichii With Love

Happy belated birthday to us..!! Eh lupa pulak, ini blog kakak, terbuat macam blog sendiri pulak. Sorry. Haha.

Assalamualaikum.. nama saya Lilo

Assalamualaikum, saya pula Ichii..

Kami berdua ni kucing Kakak Iz dan Abang Long yang low profile. Sebab tu la pembaca kakak jarang nampak kami di blog ni. Eh janganlah salah sangka, kakak dan abang long sayang pada kami jugak. Diorang tu baik sangat. Takde berat sebelah. Cuma kami berdua ni aktif lain macam sikit. Susah la kakak nak tangkap gambar kitorang. Tunggulah kot-kot ada pembaca kakak yang nak lantingkan camera DSLR ke, best jugak. Hahahah.

Eh lanting lanting tu dari blogger kepada readers ye? Alah readers kepada blogger pun apa salahnya, heheheh.

Ramai orang tak minat kucing short hair yang warna hitam macam kami.. Tapi family kakak dan abang long sayang sangat kat kitorang. Bertuah rasanya. Kakak cakap kami berdua kucing yang cerdik. Heheh. Tambahan pulak Lilo ialah seorang abang yang baik. Tak pernah buli kucing baru, takde gaduh dengan adik-adik yang lain walaupun kami semua bukan adik beradik kandung. Dan pernah pula cuba menyelamatkan Hime yang naughty sebab panjat pokok lepas tu tak reti turun. Tak guna punya budak Hime.

Disyaki kami berdua ni baik sebab kami diambil dari seorang ustazah. Hehehe.. logik ke?

Lupa nak bagitahu.. hari ni kitorang berdua bergabung tenaga buat entry ni, yakni sempena hari jadi kami yang ke satu tahunnnn..!! Yippieee!! Ariba aribaaaaa!!

Sebenarnya kakak cakap, dia tak tahu pun bila tarikh lahir sebenar kami. Masa kitorang diambil, masa tu bulan December tahun lepas. Kakak bawa jumpa doktor, so doktor kata, kami mungkin lahir pada November. Jadi kakak pilih tarikh 9 November sebagai tarikh hari jadi kami. Jadilah 911, macam kumpulan pop yang kakak minat masa zaman dia muda-muda. Hebat kan kakak?

don’t go changing, rearranging.. hold on to a love sensation..

Gitulah liriknya, kakak cakap. Hahahaha

Entry ni terlewat sikit sebab biasalah, kami ni sibuk.. ada-ada je aktiviti. Memanjat la, berkejaran la, berguling la, teman kakak lipat kain, panjat grill.. eh banyak sangat sampai tak terkira, hihih.

Nak tahu, masa 9 November tu, kakak bawa budak kecik si Hachiko tu pergi deworm. Lepas tu kan, bila diorang balik rumah je, kitorang terkejut sangat. Sebab kakak cakap nak buat party hari jadi untuk kitorang!! Ecehceh.. mesti la blushing sekejap kan. Tapi dalam hati tu rasa gembira sangat. Ye la, ingatkan diorang lupa dah.

menu utama untuk party hari jadi kami

Huii, memang best sangat Natural Balance ni. Abang long beli dua tin.. eh eh tapi bukan untuk kami sorang setin. Mana boleh macam tu. Kena la share dengan adik-adik yang lain kan.. Tambahan pulak 9 November tu ialah birthday Hachiko yang ke 5 bulan. Heh dah 5 bulan dah budak tu. Masa mula-mula dulu pengecut je, sekarang dialah yang selalu nak tunjuk hero.

tengok tu, jalan kat atas kerusi pulak.

eh macam mana gambar ni boleh ada? Kahkahkah

Ni mesti kakak la punya kerja. Masa ni diorang nyanyikan lagu happy birthday sambil abang long peluk. Tak sangka pula kakak snap gambar ni, hahahaha. Saya (Lilo) tengah feeling birthday boy sambil purring macam bunyi motorbot. Biasalah, manja. Hahaha. Diorang belikan toys jugak. Best tau ada banyak toys 🙂

Lepas tu abang long masuk bilik membawa dua tin makanan itu masuk bilik. Saspen la kitorang. Eh ehhh.. apakah ini? Kenapa nak bawa masuk bilik nih? Party tak jadi? Alaaaa…

terus je saya (Lilo) tunggu kat depan pintu

lepas tu yang lain pun datang, cuba nak tengok ikut lubang bawah pintu, kot kot nampak

Rupa-rupanya diorang nak buat surprise, hahahah. Saja je nak bagi kami teruja la tu. Kakak cakap, abang long taknak nanti semua sibuk nak serbu masa dia buka tin, susah la nak bahagikan makanan nanti kan. Nak buat kat dapur pun susah sebab deria bau kitorang ni sangat power. Nanti kitorang ramai-ramai serbu dapur pulak, haha.

party hoiii party.. nyum nyummm,,

Kami berdua dapat duduk kat depan tu, macam pengerusi majlis. Sebab birthday boy dan birthday girl kan, kui kui. Tapi makanan dapat sama banyak je.. takde yang lebih, takde yang kurang..

Cuma ada antara kami yang makan lepas tu cepat kenyang, so berhenti makan cepat la. Makan pun tak habis. Kadang-kadang makan second round. Biasanya abang long biarkan makanan tu kat atas dulang selama setengah jam.

budak ni yang selalunya makan lama dan makan kat mangkuk lain sekali. Nama dia Hime

birthday girl berehat..

birthday boy pun dah letih..

Thank you kawan-kawan kakak sebab baca entry kami kali ni. Kalau nak bagi hadiah sempena birthday kami ni, boleh juga. Takyah nak segan silu sebab barang free atau hadiah ni memang best. Haha. Hmm nanti bila kitorang rajin dan ada masa nanti, kitorang hijack blog kakak lagi okay? Hehe. Kalau nak email kitorang pun boleh tau. Boleh send kat lilo [at] izyahya [dot] com ataupun ichii [at] izyahya [dot] com.

Bye bye.. jumpa lagi..

Comments

comments

2 thoughts on “From Lilo & Ichii With Love”

  1. Happy birthday Lilo n Ichii. Jangan nakal nakal ye. Doakan selalu supaya Kakak Iz sentiasa murah rezeki, jadi boleh lah dia belikan wet food yang best best. =D

    1. Thank you Kakak Tya.. memang selalu doa kakak dan abg long sentiasa murah rezeki 🙂 Lilo dan Ichii memang tak nakal, tapi kakak Iz selalu terjerit-jerit jugak. Padahal panjat grill je.. itu pun dia marah.. haha

      lots of love,
      Lilo & Ichii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Idola KecilIdola Kecil

Ini ialah die hard fan saya sewaktu di Kuala Terengganu. Nama dia Hime. Saya panggil Memey. Attention seeker Dia boleh meow non-stop selagi aku tak layan peluk dia ke, usap

Diari HachikoDiari Hachiko

Hello everyone. Hari ni Hachiko hijack blog kakak. Biasalah, saya kan budak naughty, memang semua barang kakak, saya dah cekidaut dah. Jadi kali ni harapnya kawan-kawan kakak sudilah baca entry

Kongsi RezekiKongsi Rezeki

Assalamualaikum.. sambil menaip, sambil makan biskut Almond London yang tak habis-habis lagi dari musim raya haritu. Maaflah agak lama jugak aku biarkan blog ni bersawang. Tak sempat nak sapu sawang,