Hari Jumaat sebelum raya tu kan aku ikut suami pergi Kuala Terengganu. Dua malam jugak la kat sana. Pagi raya, lepas breakfast, barulah kitorang check-out. Kat parking area, aku nampak ada dua tiga ekor kucing tengah main-main. So aku suruh husband panaskan enjin dulu sementara aku pergi feed kucing-kucing tu. Dalam kereta kitorang, memang aku ada bawa cat food for kitten. In case if jumpa kucing, boleh la bagi diorang makan.
Sekali aku tengok kucing-kucing tu memang comel gila hokeyyy.. Dah la ada sekor tu calico. Kitorang memang suka calico. Bila tengok calico je, mesti teringat kat Tuan Puteri Che Wan A-oirolina yang bermaharajalela kat rumah tu, hehe. Calico ni ialah tiga warna, putih, oren dan hitam. Kebiasaannya kalau kucing calico ialah betina. Tapi bukan kucing tiga warna je yang dipanggil calico, ikan emas yang 3 warna pun dipanggil calico jugak.
comel gila tak?
Paling menggeramkan, kucing ni macam dah mix tau. Sebab bentuk muka dia bulat. Kaki dia pun gebu, paw dia lebih besar, dan bulu pun agak panjang. Hey ingat senang ke aku nak dapat gambar dia ni? Sangat jual mahal ok budak ni. Dia lari masa aku datang dekat dia. Lepas tu bila dia nampak aku keluarkan makanan, barulah dia lari slow sikit, haha.
rawrrrr.. marah kakak ambik gambar awak ke? hehehe..
ini lagi dua ekor
Aku rasa yang hitam tu, adik beradik dengan si calico tu. Sebab sama besar, feature pun sama.. warna je lain. Si hitam ni sebab dah mix, muka dia nampak sweet sangat, walaupun dia hitam. Hitam manis la kiranya, hehe.
haa tu.. dia pandang.. cute tau..
Aku rasa si hitam dan calico ni macam dalam lingkungan 6 bulan agaknya. Sebab muka baby lagi. Masa ni dua ekor ni je yang nak makan. Sebab si calico tu tengah eksyen taknak dekat dengan aku. Yang dua ekor ni pun, takde la mesra sangat.. cuma diorang tak lari je.
nyumm nyumm.. saya kucing yang garang tahu?
Haha, comel kan siap jilat-jilat mulut.. masa ni dia baru lepas makan. Garang ni, tak bagi aku dekat dengan dia. Dia ni macam besar sikit antara ketiga-tiga kucing tu. Entah-entah dia ni mak kepada si hitam dan calico tu kot? Hehe. Cute sangat heyyyy.. aku suka warna dia. Aku tanya suami, kenapa kucing tu macam garang sangat. Suami cakap agaknya dia trauma dengan manusia kot. Mungkin ada orang lain yang marah diorang, sepak ke, pukul ke. Tu yang dia ada bad impression dengan manusia, hehe.
Bila dah tengok kucing-kucing ni dari dekat, maka aku buat kesimpulan yang kucing-kucing ni ada bertuan. Tak mungkin diorang stray cats. Sebab badan gebu. Cuma diorang bukan indoor cats. Banyak main di luar agaknya. Kalau diorang pakai collar kan bagus. Kurang la sikit niat orang nak mencuri kucing comel macam ni.
Ni aku nak bagi amaran ye. Jangan curi kucing orang. Tak kisah la domestic short hair ke, long hair ke, persian ke, apa ke.. Kalau kucing tu gebu dan bersih, tu tandanya ada la tuannya. Nak bagi makan boleh. Tapi jangan la curi. Mungkin tuan kucing ni saja nak bagi kucing dia explore kawasan luar ke, kita mana tahu kan. Mungkin jugak kucing tu sesat ke.. Kalau kenal tuannya, pulangkan lah. Kalau ada contact number kat collar dia ke, hantar la balik. Tapi janganlah ambil. Kesian tuan dia mesti sedih.
Kalau kucing tu tak cantik, berkurap, sakit, tempang, takde pun kau nak bawak balik dan rawat kucing tu. Tapi bila nampak kucing gebu je, cepat tangan ko rembat bawak balik. Ape ke punya perangai? Kawan aku kat twitter ada cerita, kucing dia banyak kali hilang. Kucing tu pun mulanya tiba-tiba ada kat depan rumah. Macam orang buang. So dia dan mak dia pun jaga la kucing tu. Bagi makan, bagi kasih sayang.. bila dah sihat, dah gebu, dah cerdik, lepas tu kucing dia hilang. Sebabnya kucing dia banyak main kat luar.. tu yang cepat je orang nak merembat.
A-oi, Ichii, Lilo tu, tahu tak mula-mula dulu keadaan diorang sangat menyedihkan? Kurap penuh kat telinga, perut buncit macam kena busung. Memang tragis sangat. Tapi kalau bebetul nak pelihara, bawak la jumpa doktor. Bukannya kalau kucing sakit je, hah pegi je la buang kat mana-mana. Tak baik tahu? Especially anak kucing. Kalau kucing dewasa tu, mungkin la dia pandai nak berdikari. Tapi kucing besar pun aku rasa lagilah sayang. Nak bagi kat orang pun tak sampai hati sebab dah jaga lama, inikan pulak nak buang kan. Ishh..
Lepas sesi bagi makan tu, aku pun masuk kereta.. Then aku nampak ada satu orang naik motor berhenti dekat dengan kucing tu.. dia angkat si hitam yang comel tu dan peluk-peluk cium cium.. Pastu bawak masuk kat rumah belakang tu.. Haaa.. kan betul aku memang dah agak kucing tu mesti bertuan.
Nanti kalau pergi sana lagi, aku nak tengoklah kat area parking tu lagi, entah entah boleh jumpa kucing ni lagi haha.
Sebagai penutup, nah terimalah gambar seksi dari A-oi
muka mintak pelempang, tapi dapat ciuman. hahahaha..
betui tu weh..aku nyer kucen terakhir pun kena rembat orang! sedih giler sampai mimpi2 dia balik umah..aku bela dr beso tapak tangan je, jumpa kat bengkel keta..sedih je rupa time tu.. bila dah beso, dah cantik, cerdik..org rembat!
tu yg aku serik nk bela dah.. tak sanggup nk meroyan time kucen ilang lagi..
p/s-kadang2 boh collar pun tak guna, kucen adik aku asai pakai collar n kuar membohjan, sure balik dah togel ilang collar tu..bebudak nakai rembat..
kan, tu yg aku hangin. Time comot, time berkurap, takde sape nak pandang. Bila dah molek, selamba curik. Kong ajo sangat. Kucing yg aku jumpa & bela sampai sekarang semuanya dari besar tapak tangan la. Tu yg aku tak suka kucing aku keluar rumah kalau aku tak pantau. Kang aku yg dalam rumah ni yang gelisah. Dah la rumah aku kat area terpencil. Takut sesat pun ye jugak
rindu gemok saya . uhuu T^T
takpe, boleh adopt kucing baru 🙂
Kak Iz, kat kampung kitew ni ada banyakkk strays! Persian dan siamese lah yang banyakkk/ Kesian diorang.
comel tapi bulu x terurus, makan dari tong smph dan kurus kering! Dulu Aaron gitu, tapi dia masih kurus, selsema dan telur dia tuh cm nk tercabut. Kesian2 kan?? Oh, btw, kakak cmne kakak simpan makanan kucing dlm kreta? Bukan dia berpeluh ker??
Kalau saye ade la seekor kucing ni ,saye kenal tuannye tpi tuannye x nk bagi mkn sye boleh ambik kucing tu x?
Kalau kenal tuannya, try la tanya boleh ke awak nak ambik kucing dia.. memandangkan dia pun tak jaga kan. Bukan apa, nanti awak penat2 jaga bg cantik semua, tetibe bila kucing tu dah gemuk cantik, dia ambik balik dgn alasan yg dia tak pernah bagi awak pun kucing tu