Kitties Cat Toilet (Hooded Litter Box)

Cat Toilet (Hooded Litter Box)

Last week suami ke KL ada training. Hari Jumaat lepas training tu, dia cakap nak pergi Pet Safari. Aku tahu mesti dia nak beli wet food untuk kekucing tu. Kat Kuantan ni mahal, dan tak banyak choice.

DSCN8835 [640x480]

 lalu dia bawa balik ini -_-

Macamkan borong untuk curfew. Sekali hamik ko 30 tin Burp Premium. Lepas tu ada Snappy Tom, Qiut dan 2 tin super premium food sempena birthday A-oi. And dia belikan collar baru untuk si primadona tu sekali. Kemain happy A-oi melaram dengan collar baru, hahaha..

DSCN8836 [640x480]

 ini pun ada sekali

Namanya cat toilet, ataupun hooded litter box. Husband beli sebab aku mintak dia letak cage Hachiko ke luar.. sebab dia dah tak guna pun cage tu, buat semak rumah je, dah la 3 tingkat.

Kucing kitorang sekarang ni biasa duduk dalam rumah je.. Aku tak suka kalau diorang keluar. Sebab nanti membawa balik luka la, kutu la.. sakit hati betul. Tapi kekadang bila petang, aku bagi diorang keluar jugak makan angin sikit.. tapi kena pantau la.. maghrib kena masuk rumah. So kalau duduk dalam rumah, kena la ada tempat untuk diorang membuang. Apa yang bagusnya hooded litter box ni ialah pasir tak bersepah keluar. Dan berak or kencing diorang pun tak terkeluar. Maklum la si Sookie tu bontot besar, selalu salah aim. Dia ingat dia dah letak bontot dia elok dah, sekali kencing melimpah keluar. Cheh tak guna punya budak.

DSCN8917 [640x480]

 Cuba teka kat mana Hime?

Hime jadi model. Masa tu aku tak letak pasir lagi dalam tu. Aku angkat dia and letak dalam tu. Terkial-kial dia nak keluar hahahaha. Lama jugak dia cari idea cemana nak keluar dari situ.

Now aku dah letak pasir World’s Best kat dalam tu. 2 kampit kau. Sebab bekas tu besau nak mapuh. Kena letak pasir tu dalam empat inci, baru la diorang boleh kambus dengan mudah. Dan buat masa ni pun kitorang bukak dulu pintu toilet diorang tu, bagi diorang familiar dulu dengan jamban baru.

Husband suka brand Cat It. Banyak barang-barang kucing kitorang brand tu. Same goes to this hooded litter box. Cat It jugak. Dapat free scoop sekali. Harganya kalau tak silap aku dia cakap RM90 kot. After less la tu sebab kitorang ada membership kat Pet Safari. Aku tanya takde kaler lain ke, dia kata ada putih dan pink je. Pink takmau la.. kang Hachiko dan Lilo rasa terhina pulak nak pi berak kat jamban pink, hahaha.

Dah lama aku aim benda ni, tapi tengok kat online shop ni, cam tak puas hati walaupun ada dimension. Kang silap-silap tak muat kucing aku si Sookie gemuk tu kang cemana pulak kan.

cat toilet

hai kucing comel. Okey gambar ni aku google 🙂

Tapi yang kat dalam gambo atas ni, pintu dia kecik. Kang tak muat pulak Sookie nak keluar masuk. Kucing yang lain slim je.. dia je terlebih zat. So kalau nak beli apa-apa barang, kena make sure Sookie boleh guna jugak 🙂

Okay, bye

10 thoughts on “Cat Toilet (Hooded Litter Box)”

  1. Hihi I pakai this kinda toilet, tapi tak la foolproof, ada gak pasir keluar, sbb tracking kan (melekat kat kaki depa all). So still kene rajin vacuum/sapu.

    I punya brand Cat It, kat atas tu ada mcm filter, tapi my cats jahat suka gigit. kelebihan takde bau, tapi bila bukak the hood nak memulakan archeological digging >__< I prefer the term "big-boned" *in denial*) and derang boleh muat, tapi kalau ade multiple cat ade kemungkinan depa geli la nak pakai sbb kene masuk whole body kan, kang terpijak kawan punya najis plak. My cats kalau sorang dah pakai, sorang lg poop kat almost depan2, masuk badan mcm reverse n separuh terkeluar hahahaha

    1. ha’ah memang ada pasir keluar jugak, sebab tu kitorang alas bawah tu, hehe. Memang hari-hari pun kena sapu. And yang ni pun ada filter, betul cakap u, diorang suka gigit. Hari tu masa baru beli, tak start letak pasir lagi, si Hime dah gigit-gigit filter tu.

      I pun tak sure la kekucing i ni okey ke tak pakai benda ni, nampak cam okey je. Tapi setiap kali scoop, ada seketul dua je ‘kuih’ dia, haha. Kencing adalah. Tak tahu sama ada diorang takmo berak, ataupun memang tak rasa nak berak. Sebab baru test pakai tak sampai seminggu kan. Hopefully okeylah, hehe.

      Eh by the way, you baru follow i kat twitter ye? Thanks a lot 🙂

  2. Pingback: Sleepy Hachiko
    1. Pakai yang ni, ada jugak pasir bertabur sikit, sebab tu saya alaskan litter box tu dengan bekas plastik hitam tu. Tapi at least takde la taik yang out of the box, hehehe

  3. setiap kali ternampak benda ni kat jusco, setiap kali tu jugak terasa nak beli. tapi jenis hooded ni sesuai tak for multiple cats? especially kucing i yg selalu diarrhea. berak cair. asyik nak kena cuci litter box everytime dia membuang 🙁

    1. Sesuai je, tapi kalau nak beli hooded litter box ni, better amik size yang besar terus. Sebab kucing kan membesar. Takut kang nanti dah besar, tak muat pulak. Kenapa kucing u selalu diarrhea? Cacing ke atau makanan tak sesuai? Tak elok diarrhea selalu.. ada consult dgn vet tak? Kalau poop dia tak solid, tu takpe lagi, tapi kalau memang berak cair berair je, bahaya juga.. Apa pun kena make sure dia banyak minum air 🙂

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post