Kitties Diari Hachiko v2

Diari Hachiko v2

9 Disember ini, genaplah usia saya 6 bulan.

Hai, saya Hachiko. Saya rindu kakak saya. Sekarang saya di sebuah klinik, sedang berehat dan merindukan kawan-kawan saya di rumah. Selain kakak. Itu yang paling saya rindu. Peneman tidur saya. *kesat air mata*

Hari Ahad lepas, saya bangun lebih kurang jam 9.30 pagi. Kakak bangun awal. Tapi sebab saya masuh tidur terlentok dekat dia, lalu dia pun temankan saya. Bila saya terjaga, macam biasalah, kakak peluk saya dulu dan ucapkan selamat pagi pada saya.

Kemudian saya jalan-jalan dalam bilik dan mendapati tiada makanan..! Oh no, manakah perginya makanan? Hmm.. tak kisah la, saya minum je.. Lepas kakak mandi, dia berbual dengan saya. Kakak cakap “Kejap lagi kakak hantar pergi klinik tau. Hachiko dah besar, dah boleh sunat dah..” dia cakap sambil usap-usap kepala saya.

“APAAAAAAA..???” – saya merasa kecut perut

Rupa-rupanya makanan takde sebab kakak puasakan saya. Last saya makan ialah malam sebelumnya.

DSCN8805 [640x480]

 taknaklah kawan kakak

DSCN8814 [640x480]

Saya merajuk dengan kakak. Saya tak bagi dia peluk saya. Saya membelakangkan dia masa dia tengah cakap. Saya marah bila kakak tangkap gambar saya. Biasalah saya kan manja dengan kakak. Bukannya saya takut nak kena sunat tu. Tapi saya tak suka kena berjauhan dengan kakak. Satu minggu tahu? Bukannya satu hari. Huk huk.

Kakak cakap, prosedurnya cuma sekejap je. Tapi pakej yang klinik tu offer ialah 3 hari 2 malam. Dan kakak tambah lagi few days sebab dia nak saya betul-betul sihat. Kakak cakap, nanti balik rumah dah boleh main dah. Tak payahlah kena kurung.

Saya pasrah je.

Dalam kereta saya meow sikit je. Belum lagi sampai ke klinik, saya dah rasa sedih nak berpisah dengan kakak. Haih, mestilah saya boring bila kat klinik nanti.

Sampai di klinik, makin kuat saya peluk kakak. Ramai orang tengok saya. Kebetulan masa tu, doktor pun baru sampai ke klinik. Doktor pun check saya dan cakap saya dah boleh disunatkan dah. Kakak peluk dan cium saya. Dia kata hari Isnin nanti dia datang tengok saya. Huwaaaaa… sedih tau.. kesian kakak, nanti siapa nak temankan dia tidur malam-malam? Siapa nak temankan dia kat dapur? Siapa nak temankan dia pergi toilet? Risaunya saya.

Saya telah selamat di-neuter oleh doktor di Jawhari Cat Medical Centre. Hmmm.. saya rasa boring sebab kena duduk dan tidur dalam cage. Rasa macam kat penjara juvana. Haha. Yelah, kat rumah, saya tidur atas katil kakak. Seperti yang dijanjikan, kakak datang melawat saya. Kakak Ira pun ada. Saya happy sangat.

Nah ni gambar-gambar saya yang kakak ambil hari tu. Saya aktif sangat sampaikan Kakak Ira kena pegang saya, barulah boleh ambik gambar, hehe.

DSCN8819 [640x480]

DSCN8828 [640x480]

DSCN8829 [640x480]

Kakak berbual-bual dengan saya. Dia cakap, dia sunyi sangat bila saya takde. Sebab Abang Long outstation. Pastu takde orang temankan dia bila malam. Haaa kan saya dah kata, mesti dia takut punya bila saya takde untuk temankan dia. Isk *kesat air mata*

Lepas tu kakak cakap dia rinduuuu sangat kat saya. Kakak cakap, Hime carik saya sampai dalam bilik air. Hime pun mesti rindu kat sayalah tu. Kakak pesan saya supaya jangan naughty kat klinik, supaya saya boleh cepat sihat. Nasib baiklah kakak misi cakap, saya baik je kat klinik. Senyap je, dan pemalu pulak tu. Hehehe.

Lepas 15 ke 20 minit, kakak cakap dia dah nak balik dah..

DSCN8830 [640x480]

DSCN8831 [640x480]

DSCN8816-edit [640x480]

Tapi kakak tak bagi saya ikut balik. Dia cakap dia ambil saya hari Jumaat atau Sabtu nanti. Ahhh.. tak sabarnya saya nak tunggu. Nak balik jumpa semua orang. Nak main-main dengan Hime, Aoi, Ichii, Sookie dan Lilo.

Malam ni mesti tidur mimpi kakak 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post