Meneman Kakak Yang Pengecut

Hai.. Saya Hachiko 🙂

Saya ada cerita hot. Tahu tak, bila abang long pergi outstation, sayalah yang jadi hero kakak, heheh. Kakak tu harapkan ketinggian je yang cukup, tapi hati sebesar zarah je. Hahahah. Dia tu takut bila malam-malam. Lalu siapa lagi, sayalah yang kena temankan si kakak tu.

Bila dia tengok tv, saya kena temankan. Kalau dia pergi dapur, saya kena temankan. Kalau dia pergi toilet pun saya kena temankan ye.. Manja pulak la si kakak ni, semua nak teman. Kemain lagi dia tu. Memanglah sebenarnya kakak tak suruh pun teman, saya yang selalu ikut bontot dia ke mana dia pergi. Bukan apa, saya risaulah dia sorang-sorang. Buatnya terjadi apa-apa kat dia nanti, ha kakak siapa? Kakak saya, tahu?

Hmm.. tapi yang boringnya bila teman kakak tengok tv, boring tau. Sebab nanti dia fokus kat tv je, tak layan pun saya. Bila saya meow meow, barulah dia tanya “Hachiko nak apa? Mai duduk kat atas sofa dengan kakak..” itu jelah modal dia. Tapi bila kakak panggil tu, mestilah saya pergi kat dia kan. Hahaha..

Selalunya saya mesti tertidur bila teman kakak tengok tv.

 walaupun tertidur, tapi tetap nak menghimpit dekat kakak, hehe

selalunya nanti slowly kakak jauhkan badan dia dari saya, macam ni..

Bila dia dah bosan tengok tv, kakak dukung saya, bawa masuk bilik. Kekadang kakak hantar saya dulu, lepas tu dia duduk atas sofa semula. Tak best macam tu. Saya nak tidur sambil ada kakak kat sebelah. Kalau kakak buat macam tu, nanti saya bangun semula dan pergi sambung tidur kat atas sofa balik, hahaha.

Bila masuk bilik, terpaksa cuba tidur semula. Jadi haruslah menghimpit kaki kakak lagi haha..

dan akhirnya terlentok begini

Kemudian begini

Paling best bila dapat tidur macam ni sebab dapat haba badan kakak. Maklum la sekarang ni musim tengkujuh. Bilik kakak sangat sejuk tahu? Saya pulak kucing yang berbulu pendek, bila hujan camni, rasa menggigil pun ada

Dapat tidur peluk kaki pun dah syok dah..

Memang macam-macam gaya tidur saya. Sebab setiap kali handphone kakak berbunyik ke, ataupun dia tekan suis nak charge handphone ke, mesti saya tersedar. Lepas tu setiap kali tu jugak la saya berubah kedudukan hahaha.

Bila saya rasa sejuk.. jadi saya masuk ke dalam comforter kakak, kui kui

Hey kaki saya bersih tau. Saya kan rajin membersihkan diri. Lagipun kakak selalu check kaki dan tangan saya sebelum saya dibenarkan naik ke atas katil. Kakak tak suka habuk-habuk.

Kakak komplen sambil ketawa-ketawa kat abang long, dia cakap saya tidur lasak, sampai habis satu katil saya conquer sorang-sorang. Kakak cakap dia dapat space kecik je. Hahahaha. Kelakar pula rasanya. Ala kakak, sorrylah.. mana saya sedar saya tidur lasak. Bila tidur atas katil kakak, rasa best sangat.. mimpi pun indah-indah je.. sebab tu la saya tidur berpusing sana-sini.

Masa mula-mula tidur atas katil, saya tak berapa selesa. Bila pukul 2 atau 3 pagi, saya terjaga.. lepas tu saya golek-golek sampai tertidur semula. Nak kacau kakak, tak sampai hati la pulak. Agaknya kakak sedar kot saya terjaga tu sebab kekadang saya nampak dia bukak mata sikit, hehe.

Tapi sejak beberapa hari ni, saya tidur lena sangat. Saya tidur dari pukul 10 malam, sampai 7 pagi. Tak terjaga langsung. Baik kan saya?

Gambar di bawah ini diambil kakak pada jam 4 pagi. Masa tu dia cakap dia sejuk, nak betulkan comforter, sekali tengok saya tengah tidur macam ni..

Tetap nak melekat dengan kakak tersayang

Lalu perlahan-lahan kakak ke tepi dan selimutkan saya sekali 🙂

Tags:

2 Comments

    1. Manje over kan diorang ni? Dah la conquer katil. Lepas tu kalau aku nak pegi toilet malam-malam, kemain aku jalan slow-slow macam pencurik. Takut dia bangun hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.