Not So Funny Nak Samsung, Dapat Lesung

Nak Samsung, Dapat Lesung

Hai.. Maaflah sebab lama tak update blog. Aku busy melayan trauma yang melanda, menikam-nikam jiwa.. selemah ku lemah daku berserahhh *kesat air mata*

Hmm.. haritu kan, lepas makan malam, aku cam biasa la meneruskan layan twitter kat laptop. Sebab BB dah dikebas penjahat kan. Terpaksa la guna laptop je. Husband baca newspaper. Lepas tu tetiba dia bersuara..

“Hihihihih.. pesan telefon bimbit dapat lesung batu, hihihih..”

Aku pun cam.. apaa? Serious ke ni? Ingatkan kot dia tengah baca ruangan kartun ke.. Jenaka apakah ini. Pastu dia tunjuk kat aku berita ni..

DSCN9044

-____-

Siap ada gambar lagi. Kahkahkah. Sebenarnya secara jujur dari hati nurani aku ni.. mula-mula aku baca tajuk dan tengok gambar tu, aku dah gelak dulu dah. Gelak bebetul gelak punya. Takde niat nak mengejek ke apa ke ye..

Tapi bila dah baca berita dia, macam kesian la pulak. Orang ni nak beli Samsung Galaxy SII yang menjadi idaman aku jugak. Kalau ikutkan harga pasaran, phone tu berharga RM1,800. Tapi dia kata orang kat Mudah.my ni offer harga RM1,100. So dia pun order la 3 bijik. Hamik ko, 3 bijik sekali. Ni mesti dia war-warkan pada kengkawan ke kaum kerabat ke, pastu semua pakat nak beli jugak. Yelah, harga murah kan.

Lepas dah transfer duit apa semua, maka tunggulah beliau akan kedatangan parcel yang mengandungi telefon bimbit idaman tu..

Satu je yang tak best bila beli online ni. Ko kena buat full payment. Baru dia akan hantar. So far, aku tak berani nak beli barang yang harga lebih RM300 kalau pakai online ni. Takut nak percaya. Even kalau beli barang kat eBay pun, aku beli yang murah-murah je. Hahaha..

Bila parcel yang dinanti tiba, haruslah excited kan.. akan tetapi tatkala melihat isi dalamnya ialah sebuah lesung batu yang siap ada tanda harga RM14, itu sangatlah anti klimaks ye. Sungguh mendukacitakan tapi macam April Fool pun ada. Tapi April Fool apa di bulan Januari ni?

Tapi apa yang aku tak faham kat sini ialah, kenapalah si saudagar penipu itu begitu keji? Kau dah amik duit orang tu, kalau langsung tak pos apa-apa, kira takpelah. Dah namanya pun penipu kan. Tapi yang ko gigih pegi beli lesung batu, lepas tu packing, lepas tu siap courier pakai Nationwide tu apa ceritalah?

Kihkihkihkih *ketawa tutup mulut*

Boleh jadi King of Troll. Hahahahaha.

Mesti dalam hati saudagar penipu tu cakap “Hah, ko nak sangat telefon Samsung kan, nah amik ni Lesung. Sama jugak ada bunyi sung sung kat belakangnya”

Kejam betul dunia ni.

9 thoughts on “Nak Samsung, Dapat Lesung”

  1. sangat lawak. tp keji.
    tapi betul la apa kau kata.
    baik lesap terus.
    tak perlu gigih siap post bagai kan.

    tapi orang tu transfer duit macam mana?
    mesti ada number acc n nama penuh semua kan.
    lapor la polis n harapnya dpt tangkap kan.

Leave a Reply to Anis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post