Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Idola Kecil

Ini ialah die hard fan saya sewaktu di Kuala Terengganu. Nama dia Hime. Saya panggil Memey.

DSCN8971 [640x480]Attention seeker

Dia boleh meow non-stop selagi aku tak layan peluk dia ke, usap pipi dia ke. Dasar budak mengada. Masa kat Kuantan ko kemain eksyen. Mementang ramai kawan. Masa kat KT, everytime aku on laptop, mesti situ la tempatnya. Kalau aku ngadap laptop dua jam, maka dua jam la dia duduk kat situ hadap aku. Kekadang atas keyboard terus. Maka masa dekat KT, dialah yang banyak ‘tulis’ yang bukan bukan dekat twitter aku. Hahaha.

Dalam kereta, dia memang histeria. Unlike Hachiko yang super handsome dan penuh bergaya bila dalam kereta. Cool je terbongkang. Hime pulak terjerit-jerit nak mintak keluar.

Penyudahnya masa balik Kuantan aritu, husband suruh keluarkan dia dari carrier dan pangku aje.

Terus diam… sekejap.

Selepas beberapa minit, dia start balik meow. Tapi bukan sebab dia stress ke apa. Sebab dia excited tengok lampu. LOL. Budak ni, marah pun meow, sedih pun meow, excited pun meow. Dah tu bunyiknya samaaaaaa je.

Hachiko paling banyak vocabulary. Bila dia marah bunyik lain. Bila merayu, bunyik lain (yang ini memang mencairkan hati). Bila manja, bunyik lain. Serious comel gila. Paling seronok kalau berbual dengan Hachiko. Dia pandai respond. Tapi ikut mood dia lah. Kalau time dia malas layan ko, ko agah la dia apa pun, memang dia buat pekak dan bodo je. Haha.

Anyway kan, si Hime tu masa on the way balik ke Kuantan tu, dia tidur bila kat kawasan gelap je. Sebab kitorang gerak malam kan. Bila sampai kat kawasan bandar kan ada lampu lampu, terus bangun, berdiri berpaut kat tingkap kereta. Tengok lampu sambil mulut pok pek macam cakap kat kita “Kakak tengok tu lampuuuuu..” – siap pandang muka aku lagi sambil meow tu.

Drama sangat si Memey ni.

rooaaarrrrrrrr..!!!

Comments

comments

2 thoughts on “Idola Kecil”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Diari HachikoDiari Hachiko

Hello everyone. Hari ni Hachiko hijack blog kakak. Biasalah, saya kan budak naughty, memang semua barang kakak, saya dah cekidaut dah. Jadi kali ni harapnya kawan-kawan kakak sudilah baca entry