Ketagihan

Semenjak dua menjak ni, aku asyik tengok drama Korea je. Ini semua salah rakan-rakan sekeliling yang cakap cerita itu best la, cerita ini best la. Saja je nak pengaruhi aku supaya cuba tengok, lalu akhirnya melekat tengok sampai episod akhir. Kalau sekadar tengok je, takpe. Ini siap kena derma air mata lagi sebab sedih bebenor la, bagi aku. Aku tak tahu kalau orang lain berhati batu, tengok drama pun takde perasaan, hahaha.

Inilah drama yang aku baru selesai tonton semalam..

Wild-Romance-Poster

 Wild Romance!!

Ceritanya bila kelakar tu, kelakar nak mampus. Bila sedih tu, boleh tahan sedih. Pompuan ni keje bodyguard. Pastu dia kena jadi bodyguard kepada sorang pemain baseball yang paling banyak masalah. Paling tension, sebab lelaki tu dari team yang dia tak suka. Kira macam musuh tradisi dengan team yang dia suka la.

Eh kejap, aku nak check pasal apa la aircond ni tak rasa langsung padahal dah sejam aku on. Kong ajo betul. Berpeluh-peluh aku.

Hoh patutlah panas. Entah siapalah yang adjust temperature jadi 28. Patutlah panas gila. Kalau nak panas begini, baik aku duduk luar je. Fuiiiii *kesat peluh*

Aku mula tonton Wild Romance bila kawan aku, Ida Salwani cakap cerita tu best dan kelakar dan dibintangi Lee Dong Wook. Hah, dan dan aku terus set record series link dekat Astro. Lee Dong Wook tu yang jadik hero la. First time aku tengok dia berlakon drama Scent of a Woman. Sebelum ni ada la dia berlakon cerita lain tapi aku tak pernah tengok pun.

SOAW

Inilah drama itu

Aku start tengok drama Korea sejak tengok cerita inilah. Drama yang paling banyak bazirkan air mata aku. Entahlah kenapa aku rasa sedih betul cerita ni. Cerita pasal pompuan ni kena kanser, dia dianggarkan cuma ada 3 bulan je untuk hidup. So pompuan ni sediakan 20 perkara yang dia nak buat sebelum dia mati, termasuk mendapatkan cinta sejati. Tapi bila dah dapat cinta sejati, dia rasa bersalah pulak dekat lelaki tu, sebab dia takut lelaki tu suffer bila dia mati nanti. Ish sedih sangat tau.

Dah la seminggu cuma dua kali je. Tension betul menanti. Tapi aku sabar jugak konon taknak ketagih. Dalam masa yang sama aku tengok 49 Days juga. Cerita ni pun boleh tahan sedih dan penuh saspen. Pun aku masih boleh bertahan tunggu tayangan dia, 2 kali seminggu.

Tapi Wild Romance tu aku tak boleh tahan. Terus bukak dekat YouTube tengok sampai episod akhir hahahahaha. Dasyat juga penangan drama Korea ni.

49-Days10

 49 Days

Drama ni pasal sorang gadis ni koma sebab kemalangan, lepas tu dalam alam koma tu, dia diberi masa 49 hari untuk dapatkan 3 titis air mata dari orang yang bebetul ikhlas sayangkan dia, tak termasuk ibu bapa dan adik beradik. Dia dibenarkan guna badan sorang gadis ni bila waktu siang untuk jalankan misi dia. Memula dia ingat kacang je sebab dia ada ramai kawan. Rupanya susah nak dapatkan air mata keikhlasan ni. Macam-macam la rahsia terbongkar dalam masa 49 hari tu. Tunang dia ada affair dengan kawan baik dia sendiri la, tunang dia nak rampas syarikat bapak dia la, macam-macam.

Tapi apa yang aku suka dengan drama Korea ni, sebab series dia takdelah sampai beratus episod macam telenovela atau sinetron. Biasanya cuma 16 atau 20 episod je. Ending pun puas hati. Bukan la macam sinetron yang kau bersusah payah tengok ratusan episod, tapi ending dia, terlampau simple. Orang jahat mati kemalangan la, mati kena tembak la, paling tension bila orang jahat tiba-tiba insaf begitu saja.

Sekarang ni aku tengah tengok Yes, Captain tapi aku tak berapa suka la watak Han Da Jin tu. Sebab aku tak suka cara dia gelak. Macam, sangat pura-pura. Ada banyak episod dah record tapi belum habis tengok sebab cam tak suka pompuan tu ahaha. Ida suruh aku tengok Flower Boy Ramyun Shop pulak. Baru tengok episod satu, hehe.

Ok dah, babai. Selamat tahun lompat.

Sila la lompat sekarang.

 

5 Comments

  1. omg scent of a woman mmg best gilerrrr ok.. lee dong wook sgt hensemmmmm !! citer tu mmg sedih.. i pun jenis tak menyabar nak tau ending pegi tgk back to back kat internet.. tak sanggup nak tunggu kat 393 tu.. soundtrack dia pun best2… rasanya citer ni sedih mcm ala2 autumn in my heart (yg ni berbaldi2 nangis)

    dlm citer yg u ckp ni lee dong wook hensem gak tp imej dia lain skit..

    1. Kan kan. I siap download lagu The Dancer, buat ringtone hahahahahaha. Dalam Wild Romance, Lee Dong Wook jadi cheeky gila. Dan annoying juga, panas baran, semua ada. Tapi sangat setiakawan.

  2. sangat sukaaaaaaaaa scent of a woman. bukan takat air mata, segala air dekat permukaan wajah keluar. siap sedu-sedu. ditambah pulak LDW henseeeeeeeeeeeeeeeemmmm patu sweeeeeeeeeeettt sangat. cerita koreala jugak menyebabkan nak pakai SS2 membuak2.

Comments are closed.