Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 10pm

Mini Cat Tree

Amaran: Entry banyak gambar kucing, takde gambar manusia, dan mungkin juga panjang

Memang aku dah lamaaa plan nak belikan kekenit ni cat tree atau cat condo. Of course la aku impikan cat tree / cat condo yang 8 tingkat, konon supaya kalau semua nak main bersama-sama, takde lah berebut-rebut atau bergaduh mahupun pertumpahan darah.

Namun apakan daya, harga cat tree bukannya pakai timbang kati. Boleh tahan mahal jugak harganya. Yang rendah pun dah dekat RM200, inikan pulak 8 tingkat. Bersedialah dengan sekurangnya RM1000. Boleh cover bape bulan punya cat food. *sobs* Maka, bertangguh-tangguh la impian tu.

Tapi baru-baru ni, masa pergi vet untuk beli cat litter, aku nampak satu cat tree ni harga berpatutan la. Walaupun rendah je. Boleh la kan. Kesian dekat kekucing, mesti diorang boring duduk kat rumah bila aku pergi kerja.

photo (f)

 Mini cat tree

Pasrah la ye adik-adik. Ini je yang kakak mampu buat masa ni. Nanti kalau kakak bangun tidur dan jumpa duit bawah bantal ke, boleh la beli cat tree yang tinggi. Tu pun kalau duit yang jumpa bawah bantal tu banyak la. Kalau setakat jumpa seringgit je, tak payah berangan la, mmmkayy?

photo (g)

Hachiko merasmikan.

Maaflah kualiti gambar tak memuaskan. Aku pakai camera telepon bimbit je plus diorang bergerak hyper gila. Dalam gambar di atas, nampak macam Hachiko sekor je kan. Padahal dalam kotak tu ada cik Memey. Kui kui. Budak tu, bila aku letak je cat tree tu, terus masuk bawah tu…

dengan muka angkuh

photo (16)

 Dua budak yang poyo dan penuh kehairanan

photo (14)

 Testing scratching post. Nak buat asah kuku katanya

photo (e)

 Test panjat panjat. Tu pun nak test jugak. Hahaha.

photo (13)

 Hime mulakan aksi liar dia. Siap berdiri! Nampak tak Sookie kat sebelah sana?

photo (12)

Hachiko konon di puncak dunia manakala Hime dengan aksi akrobatik dia -_-

Memula tu memang Hachiko dengan Hime je yang main sebab diorang ada kat dalam rumah. Sookie pun ada, tapi dia tu terkawal sikit perangainya. Agaknya tengok dua ekor ni macam onggile je happy kemain, malas dia nak join kegilaan itu. Lalu dia duduk je kat tepi tu tengok perangai Hime yang macam hilang akal.

Si Lilo dengan Ichii, aku tak nampak la pulak. Ke mana saja la budak dua ekor tu. Aku jumpa A-oi tengah jenjalan cuci mata tengok rama-rama dekat luar rumah, so aku bawa dia masuk. Tunjukkan dia cat tree baru. Pepaham la bila A-oi mula mendominasi, yang lain sila la nyah kau dari situ.

photo (11)

 Langsung tak bagi Hachiko & Hime join

photo (10)

 Panjat panjat. Tapi bontot berat, kui kui

photo (9)

 “Ho yeahh.. aku kini hampir ke puncak” – kata A-oi dengan penuh keriakkan

photo (6)

Hime kena marah

Memang dia marah okey. Langsung tak bagi yang lain main kat situ. Dasar diva! Hime tengah nak asah kuku masa tu, kena marah dengan A-0i, terus kejang dia dekat situ tak bergerak. Lama la jugak, sampai aku panggil dia suruh ke tepi dari terus dimarah A-oi.

photo (7)

 Bentuk muka sama dengan bentuk kotak tu, haha

Lalu Hime dengan muka seposen dia, terus masuk dalam kotak tu je. Konon menyorok dari kakak A-oi dia. Tengok la muka tu, seposen je. Kesian aku menengoknya. Hahahaha.

photo (8)

 A-oi masih ralit di atas, Hime pula terpinggir di bawah, masih dengan muka sedih dia

photo (d)

 Hachiko pulak kena sound!

A-oi ni memang tak suka sharing. Aku pun tak tahu la macam mana nak brainwash budak ni. Dah tak makan dek ajar dah. Sebab dulu dia jadi ‘adik bongsu’ agak lama, sebelum Sookie datang. Tu yang dia manja terlebih. Padahal semua orang still manjakan dia, cuma dia je yang terasa hati gamaknya. Kecewa bila adik-adik makin bertambah. Doktor kata calico memang kuat jealous dengan kucing lain.

Dah tu Hachiko pulak jenis kuat menyakat dia. Yela budak tu kan kitten lagi. Dia punya naughty tu lain macam sikit compared to adult cats. Dah tahu A-oi tu jenis hangin tak tentu pasal, dia nakkkk jugak mengacau A-oi. Macam masa tengah main cat tree tu, dah kena marah dengan A-oi, pun dia boleh main capai capai ekor si A-oi. Ajak main kononnya. Tak puas lagi ko kena marah kan?

Mana la budak A-oi tu tak hangin?

photo (5)

 jawapan keji dari Hachiko bila kena marah dengan A-oi, kahkahkah!

 

Comments

comments

30 thoughts on “Mini Cat Tree”

  1. lindaNo Gravatar says:

    heeeeea, ni aku suke jenguk blog ko ni. Senyum2 aku baca entry pasal kuceng. Bape RM cat tree ni???

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      hahahaha gembira aku bila ko suka baca blog aku yg tak seberapa ni, hehe.. Cat tree tu harga dia RM179. Pastu aku mintak discount dekat doktor dapat la RM160. Boleh la. Kalau yang lain aku tengok macam tu je dah RM200+. Mahai nak mampuih

      1. lindaNo Gravatar says:

        aku kalo bab kuceng suke je, tak kesah ler camne ghupe kuceng tu, semuanya cantik bagi aku. aku terus eksited google DIY cat tree. masalahnya mak pegang hammer pun tak kene gaya. kehhh 😛

        1. Iz YahyaNo Gravatar says:

          hahahaha. Mak mertua aku cikgu pencen kemahiran hidup. Dia kata yg penting beli tali tu je, dengan kain baldu tu, pakai stapler besar tu je nak bagi lekat. Pastu tiang dia tu pakai pvc pun boleh, lilit dengan tali, jadikan scratching post. Tapi tulah, cakapnye memang macam senang kan. Nak buatnye entah tahun bila. Tu pun belum tentu success. Hahaha

  2. lindaNo Gravatar says:

    Haritu aku tgk Cats 101 kan, siap ade laluan kucing naik tangga meniti jalan nk ke rumah dia atas siling, ish jeles, kalao la aku ade duit, mmg aku buat blk aku jadi mcm tu. heee

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Huiiii aku pun mengidam tu weiiii.. tangga kat tepi dinding sampai ke siling kan. Best gila. Aku berangan dengan husband, kalau ada duit nanti nak buat rumah kucing yang besar. Pasang tiles, kipas, air cond (?) dan penuhkan dengan toys & cat tree. Tangga tu jugak! supaya diorang happy macam kat rumah. Tapi baru berangan la. Entah bila boleh capai, hahaha

  3. LeenNo Gravatar says:

    Comelnye kucing2 ni. Love your blog. Saya tak ada kucing, and tak minat kucing. Tapi bila baca blog awak rasa macam seronok sangat bela kucing. Macam orang jugak diorang ni ye.

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Hehehe thanks for visiting 🙂 Ha’ah macam-macam perangai diorang ni. Kelakar. Kekadang bila stress balik kerja, jumpa diorang je terus hati senang.

  4. dilsNo Gravatar says:

    Bestnye. Aku selalu tingin nak beli cat condo tu , tapi tu la, slalunye mahal. And aku baru taw calico kuat jeles. patut pon kucing gemok kat rumah tu tak suke segala kucing aku bawak masuk. Penat try intro selow2. Last2 pandai2 la kucing tu nak survive.

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Aku pun beli yang cinonet tu je dulu. Puas kumpul duit dalam tabung ayam. Kahkah. Impian kemain nak 8 tingkat, hahaha. Haaa siap la ko pun ada calico yek? Si A-oi aku tu sampai slim sekejap one time tu, sebab stress gamaknya duduk dalam rumah dengan adik-adik kucing yg lain. Sampai aku naik risau. Dia memang tak suka yang junior ni kacau dia. Bengang sungguh dia, menjerit manjang kalau diusik. Tepi kekadang okey pulak. Pelik betul. Penyudahnya aku bagi dia main kat luar. Baru la naik semula badan dia.

  5. azNo Gravatar says:

    bestnyeeeeee ada cat tree!!!!! nak jugak!!

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Belilaaaa.. puas gak mencari yang murah murah punya. Rasanya takat ni, yang ni je la paling murah kot. Kalau KL maybe lagi banyak choice. Kuantan ni payah la sikit. Apa yang ada je lah, hehe

  6. IkinNo Gravatar says:

    hoh!! kekwat sangat si princess A-oi!!

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Sangat ye.. semua orang kena dengar kata dia. Tapi kalau angin dia baik, kemain siap belai-belai muka kita guna paw dia. Manja sangatlah tu kononnya

  7. IkinNo Gravatar says:

    Pose si Hime sgt syahdu pas gambo kene marah ngn princess A-oi pastu nyorok kt dlm gua tu… sangat2 kiut… muke seposen tak hengat! … hahahahah Iz, I ske baca translation perbualan ciptaan u tu… seswai ngn pose2 ur cat… hhahahaha

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Hahaha tu la kesian Hime kena marah dek A-oi. Terus je duduk diam dalam gua tu. Takut sangat la kat kakak A-oi tu kononnya :p

  8. chesueNo Gravatar says:

    aihh kakak dah bertampal koyok bagai kat blakang..fening ke sebab dah kuar bajet beso beli cat tree? hehehe..suka toi aku kalo entry ko hal deme nih..sengih2 sorang depan laptop..aku syak Sookie takmo main kat cat tree sb takut roboh nanti condo kakak dia..sedangkan A-oi diva punn berat vontot nk panjat, apakan Sookie..

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      haha tu bukan aku la. Aku tukang amik gambar. Tu adik ipar aku yang demam. Dia kawan baik dengan Sookie. Sookie tetiap malam tido bilik dia sambil ngadap cermin. Tido mengadap cermin okey. Ko mampu? hahaha

    2. Iz YahyaNo Gravatar says:

      hahaha eh eh Sookie tak muat nak masuk dalam lubang tu punnnn. A-oi boleh masuk lagi. Tapi sookie memang failed! tak lepas masuk. Mak mertua aku pun cakap jgn bagi dia masuklah, takut takleh keluar pulak nanti. Hahaha

  9. Rho AnnaNo Gravatar says:

    You, benda tu berapa ringgit? Teringin nak beli tapi takut budak dua ekor tu tak main. Asyik nak kejar lipas je tahu.

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Kat tanda harga dia RM179, tapi i mintak doktor bagi RM160. Harapkan diorang main sendiri masa memula ni memang tak la kan. Kucing i pun sama. Kena agah dengan something supaya dia pergi ke cat tree tu. Toys yg bulu-bulu tu ke.. Kena layan la awal2 ni. Mcm scratching post gak la. Memula takdenya diorang heran nak main sendiri. Sekarang ni kalau bangun tidur je, carik scratching post diorang, asah kuku dulu. Hahahaha

  10. Rho AnnaNo Gravatar says:

    Musa dan Jusoh setiap kali bangun tidur memang suka asah kuku dulu. Dia terkam sofa bapak dia hahahaha. Nasib baik sofa tu tak nampak perubahan. Haritu I beli toys, awal awal je diorang main lepas tu toys ke mana dia ke mana. Ma dia letak toys tu pun I tak pasti. Pftt.

  11. Rho AnnaNo Gravatar says:

    *Mana dia letak toys tu pun I tak pasti.

  12. javen21No Gravatar says:

    Wow! This is a nice play place for cats and kittens. They seemed enjoyed their new habitat.

  13. LaurynNo Gravatar says:

    Salam,

    I nak jual my cat tree 8 tingkat for RM400. Ada minor wear and tear. I dah letak dalam kotak, and you can assemble it easily for yourself. To view pictures tengok kat sini:

    http://dresslove.blogspot.com/2012/04/8-tier-preloved-cat-condo-for-sale.html

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Salam.. Awww you are too sweet.. nanti i tanya my husband kalau dia nak okey? Thanks once again 🙂

  14. AujinzNo Gravatar says:

    Hahahahha.. lawak..

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Hehehe. Aoi kaki buli :p

  15. pdahNo Gravatar says:

    Salam..tgh google cat tree murah terjumpa lak entry ni. Tp kalo google pasal kucing mesti blog ni naik. Sy suka blog awak. Sy br serius bela kucing sethn yg lepas…sblm ni stakat bg mkn jek. blog awak bnyk membantu sy. Terima kasih. Hopefully kucing2 awak semua sihat.
    Oh, skrng cat tree dh murah sikit. Hehehe…

    1. izzyNo Gravatar says:

      Wsalam.. ghahahaha sekarang cat tree murah je kan.. dulu yg pendek pun RM300 lebih. Terima kasih sebab sudi baca walaupun blog ni tak update selalu hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Occupy JambanOccupy Jamban

Entah macam mana aku rasa Aoi tu memang sesama diaorang, bahasakan diri “I”. Hahaha. Maklumlah konon diva kaann… Anyway, kalau korang tengok litterbox tu luar biasa sizenya sebab itu bukan