Kitties Pakaian Beragam

Pakaian Beragam

Semenjak kes si Aoi overgroom dulu, aku selalu perhati bila kucing aku grooming. Memang pantang tengok mana-mana kucing aku yang menunjukkan aksi overgroom. Risau. Bukan apa. Diorang ni kalau botak akibat overgroom, boleh membahayakan kulit dia. Sebab lidah diorang kan ibarat kertas pasir. Kalau kertas pasir tonyoh kulit kau, tak ke melecet? Ha gitulah konsepnya kan..

Masa kes Aoi tu, aku ada belikan dia baju. Untuk tutup bahagian badan yang dia selalu jilat tu. So takyah la pakai e-collar kan. Si Aoi ni kalau pakai e-collar tu, nampak macam sengsara bebenor. Jalan pun tunduk je. Lemah longlai tak bermaya. Macamkan orang frust bercinta.

Tapi bila aku pakaikan baju, ha dia bersemangat la sikit. Cuma tak seaktif waktu berbogel. #LOL.

Bila ada baju menutupi badan dia, Aoi berubah menjadi seekor kucing yang lebih feminin. Dia kurang bergasak. Kerja dia berehat je kat atas sofa sambil menonton tv kat dapur. Ha memang port dia lah tu.

photo (16)

 baju pink Aoi

Special aku pilih kaler pink uols. Konon biar Aoi sedar diri yang dia tu anak gadis. Jangan kerja nak bergomol main tendang-tendang je. Cewah.

Bila Aoi dah sihat, aku pun perturunkan baju tu dekat Hime. Tapi awas ko ye Aoi, kalau buat perangai overgroom lagi, kakak belikan ko dress pulak. Ha merasa la ko jadi ballerina pulak masa tu. Hahahaha.

20120418_232845 [640x480]

 Hime pulak pakai baju Aoi

Hehehehe. Comel gila kan. Dah la hime tu putih macam salji. Pastu pakai baju kaler shocking pink. Jambu sangat. Kalau kucing jantan tengok ni mesti nak mengorat, hehehe. Tapi Hime pakai longgar la sikit.

Entah kenapa, kami satu rumah rasa Hime ni macam baby sangat lagi. Padahal bulan depan umur dia setahun. Tapi rasa macam dia ni kecik je. Dah la muka seposen. Mungkin sebab kucing lain dah besar. So nampak Hime ni cam cinonet je. Hachiko tu baru 10 bulan tapi lagi besar dari Hime. Bukan besar dari Hime je, besar dari Lilo, Ichii dan Aoi jugak. Tapi kalah dengan Sookie. Sookie paling terdebab.

hood6

 Baju hip hop kepunyaan Aoi

Baju ni Hime tak muat lagi, Sebab Aoi pakai pun agak gedoboh. Especially tang tangan. Siap berlipat kat lengan tu. Kalau tidak, dia pandai bukak sendiri baju tu uols!!  Sebabkan lengan tu la aku belikan Aoi baju pink singlet tu ha.

Baru-baru ni, aku belikan Hime satu lagi baju. Masa pergi vet haritu, nampak baju ni comel gila. Saja la aku nak belikan kat Hime. Sebab dia paling manja dalam rumah kan, walaupun suka ‘menyanyi’. Hahaha.. Lagipun takkan nak beli baju kat Ichi ngan Lilo. Tak macho la kan, hahaha..

20120420_210504 [640x480]

bersantai..

Nampak tak dia bersantai atas apa..? Atas kerusi rotan tuuuu.. hahahah.. Relax je duduk atas tu. Kelakar pulak rasanya. Lama jugak la dia duduk termenung atas tu. Berangan apa entah.

Baju dia pakai tu, baju baru. Kaler biru muda. Kat lengan baju and leher kaler dark blue sambil dihiasi bintang-bintang warna warni. Comel sangat bila Hime pakai baju tu! Yelah, aku memang suka puji kucing aku, kui kui..

3 thoughts on “Pakaian Beragam”

  1. Akak kan suka betul menghabiskan duit beli baju utk kucing2 ni. Memang geram tengok sebab macam style ada. Kalau pergi Ikano lagi rambang mata tapi kena stop beli dulu. Bagi Moli besar sikit lagi. Sekarang ni kalau beli membazir sebab sampai 2, 3 minggu dah tak muat. Hachiko suka pakai baju tak? Kalau bogel pun tak pe sebab dah bulu dia pun macam baldu, cantik.

    1. Yelah, baju bintang bintang tu Hime tak muat dah. Tang perut tu boroi sangat. Sabo jelahhhh. Hachiko tak pernah pakai baju. Ingat nak try pakaikan dia baju hiphop Aoi tu, hahaha

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post