Birthday Party,Kitties Happy 1st Birthday, Princess

Happy 1st Birthday, Princess

Haiiiii.. nama saya Princess. Wahh mentang-mentang la dah berusia satu tahun, lantas saya menggelarkan diri sebagai Princess. Yelah, nama saya kan Hime. Hime tu maksudnya Princess, dalam bahasa Jepun. Oleh kerana kat rumah tu dah ada Queen, iaitu kakak Aoi, maka saya haruslah menjadi princess. Hihih.

Yaaaa.. birthday saya la 9 May haritu. Ala, sebenarnya kakak tak tahu pun bila saya dilahirkan. Jadi dia pilih je tarikh 9 May tu. Maklumlah saya isk isk.. saya ni kan puteri yang terbuang.. sobssss..

Hmm.. rasanya dah banyak kali kot kakak cerita tentang asal usul saya ni dekat blog. Tapi takpelah, sempena birthday saya, maka saya nak cerita lagi untuk kawan-kawan kakak yang pemalas lipas nak korek balik blog kakak ni, hahaha.

IMG_20120509_120323 [640x480]

 jeng jeng jeng

Nak menangis saya bila tengok gambar ni. Apalah kejam sangat manusia ni. Sanggup buang saya dalam longkang. Mujurlah ayah kepada kawan kakak menjumpai saya dan 2 adik beradik saya yang lain lalu bawak kami pulang ke rumah. Kawan kakak tanya pada kakak, nak tak bela sekor kucing lagi.

Sebenanrnya abang long cakap tak boleh. Kakak kasihan dekat saya, lalu dia cakap kat abang long “Takpelah, kita bawa balik, rawat, bagi makan dan cantikkan dia.. kalau ada orang yang minat, kita bagilah..” – abang long setuju.

IMG_20120509_152401 [640x480]

 mana tahu abang long jatuh cinta pada saya, kih kih kih

Dia cakap saya ni cumilllll sangat, dah la putih. Eeee.. geram rasa nak penyet penyet. Haa itu saya tambah sendiri je hahaha. Kalau nak tahu, saya ada banyak kurap dan mange pada muka. Lepas bersihkan saya, kakak terus bawa saya pergi klinik dan dapatkan rawatan. Kesian kakak, saya tahu rawatan dari veterinar bukannya murah. Terima kasih kakak.

Few weeks later (amboi speaking).. saya pun semakin comel..

IMG_20120509_162640 [640x480]

 tadaaaaaaaaaa…

Saya ni pandai ambik hati manusia. Saya manjaaaa sangat bila diorang dukung. Sampai ke hari ni pun saya memang suka kalau orang dukung saya. Rasa macam ada kuli hahaha. Best pulak tak payah jalan sendiri. Kalau la saya boleh bercakap, memang saya dah arahkan orang dukung saya ke sana sini je, hahaha.

Sebab semua orang sayang saya, lalu abang long pun benarkan saya duduk kat situ. Yahuuu.. Lalu adik-adik ipar kakak gigih mencari nama untuk saya. Mula-mula nak bagi nama Snow tapi cam pelik pulak sebab kucing kakak yang lain semua ada dua suku kata pada nama mereka. A-oi, Ichii, Lilo, Sookie.. Lalu nama Hime dipilih, yang bermaksud Princess. Sesuai benar dengan kejelitaan saya ni ha. Hehehe.. Tak gitu?

Bila usia saya masuk ke 5 bulan, saya mula tunjukkan tanda menggatal dalam diam (silent heat). Lalu kakak cepat-cepat bawa saya untuk dimandulkan. Saya sayang kakak sebab buat tindakan yang bijak iaitu memandulkan kami semua. Jadi tidaklah anak-anak kucing bertambah dan membiak. Kesian kakak, sedangkan kami berenam ni pun dia dah letih nak melayan, inikan pulak kalau ada lebih banyak lagi kan.

IMG_20120509_164854 [640x480]

 Blueekkk.. saya marah kakak sebab tak bawa saya balik rumah cepat-cepat

Oh ya, saya ada kawan baik. Nama kawan baik saya Hachiko. Dia ni muda sebulan daripada saya. Baik budaknya walaupun kuat berlari dan menyakat kakak Aoi. Kakak Aoi memang hangin sungguh dengan Hachiko ni

IMG_20120509_184534 [640x480]

 saya dan si capang, best friend forever

Masa ni saya nampak besar kan. Tapi sekarang ni Hachiko sangat resaksa. Saya pulak yang macam baby of the house. Ewah.. Tak percaya? Nah tengok gambar ni..

IMG_20120428_215026 [640x480]

 saya memeluk resaksa

Percaya sekarang? Saya memang sayang Hachiko tu. Tidur pun berpelukan. Romantik sangat kan. Tapi awas! Takde niat lain ok. Kami memang sayang menyayang, hehe. Abang Lilo pun sayangkan saya jugak. Dia rajin teman saya tido, tolong grooming saya. Saya ni manja, malas sikit nak grooming. Selalunya kakak Aoi atau abang Lilo la yang tolong jilatkan saya.

IMG_20120508_104126 [640x480]

 Sayang abang Lilo

IMG_20120503_215100 [640x480]

 comel tak saya pakai baju pink? hihih

IMG_20120425_185140 [640x480]

 si bantut

Hahahaha.. sampai hati kata diri sendiri bantut. Tapi memang pun kakak cakap saya yang paling katik. Kakak Aoi yang paling tonggek. Lilo dan Ichii normal. Hachiko resaksa. Kakak Sookie pulak giant. Hahahaha. Kakak Sookie tu serba besar. Tangan besar, kaki besar, bontot besar, perut besar.

IMG_20120504_212347 [640x480]

 saya takut thunder

Last week rumah kakak black out. Gelap gelita. Saya takut sangat dengar bunyi thunder. Pastu saya duduk diam je sebelah kakak Aisyah. Bila bunyik thunder je, jantung saya dup dap dup dap. Takutnya. Macam manalah perasaan kucing yang takde rumah tu kan. Mesti lagi takut bila thunder macam tu. Isk.. kesian sangat.

IMG_20120509_210918 [640x480]

 kakak cakap bontot saya dah makin bulat, hehehe.

 Sempena birthday saya, macam biasalah kakak buat party kecil-kecilan. Takde jemput siapa pun, kami berenam je. Menu party semalam ialah Natural Balance Salmon Formula.. Nampak je tin tu macam kecik. Rupanya banyak isi kandungannya.

20120509_193338 [640x480]

20120509_203038 [640x480]

 macam biasa, makan dalam mangkuk Ikea. Hehe

20120509_193425 [640x480]

 kakak pun ada belikan ini. Tapi belum makan lagi.. sebab semalam lepas party je, semua dah pengsan kekenyangan

IMG_20120509_230030 [640x480]

 nyumm.. nyumm.. sedap sangat makan free. Hehe.. padahal hari-hari pun makan free, mana pernah bayar :p

Lepas makan, cuci-cuci muka, pergi jamban… pastu main-main sekejap.. pastu terus masing-masing cari port nak tidur. Biasalah kami sebagai kucing, memang penidur yang hebat. Hehehe.

Terima kasih kakak sebab sayangi saya selama ni. Walaupun saya naughty dan selalu sondol kepala kat tingkap sebab nak keluar, tapi kakak tetap sayang saya.

Walaupun saya biarkan kakak terpekik-pekik cari saya kat luar rumah dalam panas terik selama 2-3 jam (last weekend), padahal saya duduk dalam rumah je, membuta.. bila kakak jumpa saya, kakak takde pun cubit saya. Padahal saya tahu kakak cakap “Ni kalau jumpa Hime ni, aku nak cubit dia”, haha.

Saya sayang kakak dan semua orang dalam rumah tu. Kami doakan hidup kakak bahagia dan dilimpahi keberkatan sebab pelihara kami semua dengan penuh kasih sayang 🙂

IMG_20120510_011320 [640x480]

tidur selepas kekenyangan 🙂

6 thoughts on “Happy 1st Birthday, Princess”

  1. Hepi besdeyyyyy Hime darling!!!!! *hugs*

    p/s : Iz Yahya – Cat stick tu mende? Fungsi dia mcm sireh ke tapi utk anak bulus?? Rege nya bape???

    1. hank you auntie Lindaaaaaaa.. hadiah manaaaa?

      Cat stick tu cat treat je beb. Sebatang tu RM2. Nampak menyelerakan betul haha. Hime & Aoi bukan main suka, berebut-rebut.

  2. Orang punyalah baka baik, balik rumah panggil si capang jugak ya. Kurang asem itu princess. Hahaha.
    Iz, kucing akak si Micki ni tengah fasa susah nak jaga sebab perut dia sensitif betul. Tak boleh salah sikit. Kalau stress pun boleh buat stool dia tak berapa cantik. Dahlah ada masalah kurap. Tapi sekarang ni dah better sikit. Tak sabar nak tengok dia putih bersih macam Hime tu. Sekarang ni masih mencomot 24 jam.

    1. Kak, masa kecik-kecik memang Hachiko ni capang betul. Dari jauh nampak telinga je, haha. Saya rasa Micki tu melalui kehidupan yg sgt sukar masa baby kot. Makan tak menentu, cacing confirm la ada kalau dah namanya stray cat. Takpe kak, slowly. Aoi dulu cirit birit lama jugak, perut buncit mcm kena busung. Masa berak cret cret je mcm berak air. Kesian. Lama-lama okay, siap jadi Queen of the house sekarang ni. Haha

Leave a Reply to linda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post