Dodol Melaka ni, memag sedap. ikhlas dari hati. Aku yang bukan peminat dodol pun, makan dodol ni. Sebab memang sedap. Diakui oleh suami, yang juga bukan peminat dodol.
Cara nak order:
Boleh melalui Facebook: Dodol Melaka
Boleh email: order@dodolmelaka.com
Twitter pun ada : @mydodolmelaka
Atau call/sms: 017-6671248
Kalau nak order untuk raya, elok buat selewat-lewatnya 13 Ogos ni. Kalau lewat, maka lepas raya lah baru dapat makan dodol. Hehe. Oh ya! Nak COD pun boleh. Apa-apa, sila contact direct nombor telefon di atas.
Dijamin sedap!
wah2….Miss Diva dh jadi duta dodol ke ? Iz…Sookie ni ms awak letak2 dodol tu dia tido ke kat situ…..bertuah betul la Minah rambu ramba ni…..akak tgh baca2…tup2 nampak dia bergolek tido….punya la gelak……
Ha’ah Diva Aoi nak melibatkan diri pulak kali ni. Haha. Kasik chance la.. haha. Eh, masa yg dodol depan muka Sookie tu, dia tak tidur kak. Dia bukak mata tu. Kesiannya, hidung dah sama kaler dengan dodol, dah laaa org ingatkan tidur haha. Yang tergolek tu baru tidur hahaha.
wah, nak macam sedap
memang pun sedap, hehehe
HAHAHAHA…
Your cats made my day! 😀
Hahaha thank you Ida.. penghibur duka lara I ni 😀
Sookie tetap ratu tido golek…hahaha..anyway dodol ni murah la Iz..kat tempat saya 1/2 kilo RM18.00 (kena potong sendiri pulak)….rasa macam nak order lah, tengah2 puasa ni tengok apa pun menyelerakan.
haha.. order cepat. Memang sedap tau.. Dah la bersize kecik. Ngap terus je haha. Lambat order nanti poslaju deliver lambat gak. Kalau kat Shah Alam/Putrajaya/Cyberjaya boleh COD 🙂
Hahaha. Comel je semua kena berlakon iklan.
Aoi terbeliakkan mata die untuk iklankan nama dodol tu tak tahan tu. Haha.
Lilo ngan Ichii je takde. Lilo tengah tido dalam laundry bag masa shooting ni. Ichii pulak tatau mana entah. haha. Kelakar kan Aoi, selalu mata sepet. Tetibe ni siap terbeliakkan mata, lawak tul haha
Hahaha. Kelakar betul…kesian cik dodol kena kerumun dgn geng2 bulus tu. Mak cik Aoi tu kira mascot dodol ke, Iz? Sesuai sangat tu dgn teleng2 kepala nak bagi ucapan penaja. Beria2 akak tengok. Hahaha. Sookie tak yahlah. Habis bulu tu nanti melekat kat dodol.
Dodol melaka ni kalau tak silap pernah masuk tv. Mak akak siap mengidam nak makan lepas tengok tu. Nasib baik ada rombongan ke Melaka, dapatlah membeli se pek utk dia. Memang sedap.
Aoi nak cari side income kak.. maklum la nak dekat raya ni kan. Kena beli mekap baru, baju baru, hehe. Tu yang dia terima tawaran jadi duta dodol ni. Si Sookie tak boleh jadi duta, sebab hidung pun sama kaler dengan dodol. Nanti orang ingat makan dodol sampai melekat kat hidung hahahahaha.
Boleh la kak, try beli dodol ni secara online sempena raya ni, haha
wei. lokasi dodol ni kat mana? aku nak bawak balik poland!
Lokasinya di Melaka. Nama pun dodol melaka, hehe. Tapi dia COD gak sekitar Shah Alam, Cyberjaya, Putrajaya. Boleh je nanti sebelum balik sini, ko order dulu. Nanti suh dia pos ke Kuantan umah mak ko
comel betul sookie buat muka kejam tu… 🙂
Sookie tension tak dapat makan dodol, hahaha. Siap nak order sendiri :p
Izzz….tak boleh tahan muka Sookie masa dia cakap kejam tu…..best la dialog u ni…and Diva Aoi leh jadik duta dah ni…..
Hahahahahaha muka dia macam serius sangat kan? Aoi memang cecita nak jadi duta dodol ni, hahaa
COMEL GILAAAAAAA HAHAHAHAHAHAHAHAH!
Kitew pun penah makan kak iz, tapi wane ijau. sedaaaaaaaap! hik2