Bila dah ada hooded litter box tu, aku dan husband pun mulakan operasi membersihkan rumah. Cage 2 tingkat Hachiko tu kitorang letak kat luar. Dan bersihkan apa yang patut. Para kucing pulak aku bagi ubat kutu (Frontline Spot On) yang cecair cam minyak tu, letak kat tengkuk diorang.. sebab dah lama tak letak ubat kutu tu. Pastu hantar masuk dalam banglo diorang. Suh berehat.
Barulah boleh buat kerja dengan tenang. Sebab nak kena bukak pintu kan. Kalau tidak, konfem seko seko menyibuk kacau. Nasib baiklah Hachiko behave hari tu. Dia duduk diam je dalam rumah.
Tengah sibuk membersih, aku carik kat manalah si kecik Hachiko tu, senyap je..
![DSCN8915 [640x480] DSCN8915 [640x480]](https://www.sookies.my/wp-content/uploads/2011/12/DSCN8915-640x480.jpg)
nampak tak dia kat mana?
![DSCN8912 [640x480] DSCN8912 [640x480]](https://www.sookies.my/wp-content/uploads/2011/12/DSCN8912-640x480.jpg)
berehat dalam gua!
Hahaha. Mungkin sebab musim hujan. Dia pun malas nak menakal. Tidur lagi baik. Dah lama dah aku beli gua tu untuk dia. Tapi aku letak dalam bilik. So dia takmau guna. Sebab bila dalam bilik, dia lagi selesa menempek dekat aku. Cerdik betul ko kan. Pandai betul memilih port tidur.
Maka aku pun letak la gua tu kat luar. Dengan harapan supaya kucing lain la duduk dalam tu sebab Hachiko tak suka kan. Kalau tidak kang, membazir je tak guna. Sekali rupanya si Hachiko ni yang guna akhirnya. Kucing lain tak masuk pun dalam tu. Hahahaha. Mungkin sebab badan diorang pun dah tak muat. Especially Sookie memang takleh masuk la, separuh badan pun tak lepas agaknya, hehe.
Tetapi selepas beberapa jam, aku tengok posisi dia dah jadi macam ni..
![DSCN8920 [640x480] DSCN8920 [640x480]](https://www.sookies.my/wp-content/uploads/2011/12/DSCN8920-640x480.jpg)
Tidur dengan separuh badan di dalam, separuh lagi di luar
![DSCN8921 [640x480] DSCN8921 [640x480]](https://www.sookies.my/wp-content/uploads/2011/12/DSCN8921-640x480.jpg)
Kahkahkah lawak gila
Cemana boleh tidur macam ni entah. Tak lenguh ke kepala ko dik? Macam orang menyerah kalah pun ada. Macam orang mintak ampun pun ada. Ko buat salah apa dengan kakak ni sampai mintak ampun macam ni? Hahaha. Kesian pulak menengoknya..
Lena pulak tu dia tidur macam tu. Aku tak betulkan pun kedudukan dia. Sebab kalau usik je, confirm bangun terus. So aku biarkan je. Lama la jugak. Tapi lepas tu aku tengok kepala dia dah masuk dalam dah. Mungkin dia tersedar dia tidur tak senonoh macam tu lalu baring elok-elok dalam gua tu, hehe.
![DSCN8923 [640x480] DSCN8923 [640x480]](https://www.sookies.my/wp-content/uploads/2011/12/DSCN8923-640x480.jpg)
Hachiko yang kelakar

Hahahahahaha…lawak la hachiko ni. first time tgk kucing tido mcm tu.
i pun tak pernah tengok kucing tido camtu. Macam mintak ampun. Hahaha
wak rasa kuceng tu pon penat jugakkk… eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn……….
penat bebenor especially musim hujan, sedap je tido..
LOL..terbaek la cara hichiko tido!!
Kalau tido macam ni, konfem tayah pegi zumba dah, hahaha
HAHAHAHAHAHAHA kelakar!
Hehe tu la kan. I pun tak sangka camtu sekali dia tido. Letih apa benda entah
haha comelnya hachiko
Hehe, Hachiko cakap terima kasih 🙂