Bila Cuti Sekolah, Banyak Kes Jenayah

Sepanjang 3 tahun ni, dah macam-macam hal menimpa Gina, atau nama sebenarnya, Regina, hahahahahah.. Sukati aku la nak namakan kereta aku apa pun kan. Aku rasa lebih sayangkan benda tu bila dia ada nama sendiri. Anyway, antara perkara dan tragedi yang penah menimpa Gina adalah seperti berikut:

  • Wiper dicurik orang jahat.
  • Side mirror missing in action. Nak kata pecah, takde kaca bertaburan, Nak kata jatuh, tak mungkin. Kalau dicuri orang, wah tabahnya orang tu kopek side mirror aku. Jahat gila
  • Bontot disondol kereta orang di hadapan Sunway Pyramid
  • Menyondol bontot kereta orang lain sewaktu traffic jam
  • Bateri kong. Ahaha ni bukan tragedi ok, ini kategori lumrah hidup sebuah kereta
  • Terbaru. Cermin dipecahkan orang jahat.

Tapi semua perkara di atas berlaku sejak aku kerja kat KL. Hmm.. sedih hati ini bila memikirkannya. Semalam masa nak pergi kerja, masuk kereta je tengok cam apsal pelik nau kete aku hari ni..

pasaipa pulak botol air aku tegolek, bekas tisu pulak tetibe atas kerusi

Puas aku pikir, camne boleh tergolek camtu botol air Ice Lemon Tea aku kan. Walaupun kadang-kadang dia bertukar jadi teh-o limau suam sebab panas dok dalam kete, haha.

Bila pusing je belakang.. jeng jeng jeng

Arghhhhhh.. tiiiidaaaakkkkkkk…!!

Perkara pertama aku pikir, “Kenapa la Gina yang menjadi mangsa.. kenapa bukan kereta Honda di belakang yang kena?”

Sempat lagi tu nak busuk hati, haha.

Perhatikan barang yang hilang secara sekali pandang, terus keluar balik, tutup pintu, kunci kereta. Macam ada effect pun kan siap kunci kereta padahal tingkap dah kena pecah.

Cam biasa la, drama swasta bermula..

Helo helo dah bangun ke belum? Gina kena pecahhhhh!!!

Haa, apa?? kena pecahh?? – mesti tak paham, ingat kereta aku kena pecah sampai hancur gamaknye

Cermin dia la dipecahkan orang.. huwwuwuwu – tapi tak nangis pun ni, bunyik je lebih..

Apa yang hilang, dah check?

Blazer, spek itam, ngan planner huwaaaaa – again, tak nangis pun sebab marah menguasai diri

 

Separuh cermin di dalam, separuh lagi di luar.. Dia pecah macam ni sebab tingkap tu tinted.. Kalau tak tinted, sah-sah la bersepai semua kaca. Itu pun tempias gak kaca jatuh kat tempat duduk driver. Nak duduk kena buang kaca dulu.. berdarah tangan i tau..

Sebelum ni bila jadi benda buruk kat Gina, mesti aku melalak sakan kat dalam tepon, tapi kali ni aku tak nangis pun.. sebab perasaan marah membuak-buak. Bengang sebab bukan kereta Honda belakang yang kena, hahahaha. Tak la, bengang sebab aku ni bulan ni nak pakai duit banyak tau tak, kenapa la cermin kena hentak pulak. Cibai sangat kan?

 

Pandangan dari luar.. kasehan betul..

Bila aku check dengan lebih teliti, SmartTag aku tak hilang, fuhhhh nasib baikkk.. Pen drive ada dua ketul pun tak hilang. Tapi bekas coins aku hilang. Apa-apa pun si pencuri mesti rasa kecewa sebab dalam bekas coins aku ada 5 sen ngan 1 sen je wakakakakak.. padan muka kau. Aku pakai smart tag la, buat apa nak simpan coins dalam kereta kan.

Tiba-tiba ada 2 orang pakcik yang sedang jogging datang dan menghulurkan bekas coins saya yang telah dibuang di luar. Hampeh, kena buang rupanya bekas coins aku. Pakcik tu kata, anak dia pun pernah kena pecah cermin, pastu hilang beg laptop. Nasib baik dalam tu takde laptop. Pencuri yang bodoh menyangka dalam kete tu ada laptop sebab nampak ada begnya.

Lepas habis berborak dan menyumpah seranah secara trio persama pakcik dua orang tu, saya pun perlahan-lahan membuka but kereta.

Aku takut ada orang mati kena bunuh pastu kena sumbat dalam kete aku dohhhhhhh…!!

Saspen tau tak?

Siap hidu-hidu dulu, tengok ada bau hanyir darah ke tak. Bukak pelan-pelan, tengok kot ada darah menitik ke tak. Jenguk sikit-sikit.. dan seterusnya buka.. fuhhhhhhh.. legaaa.. Nasib baik takde mayat. Eeeee.. seram siot, meremang bulu roma aku masa tu. Yang ada cumalah beberapa kotak kasut dan sebungkus pad jenama Kotex 30pcs yang aku spare dalam kereta. Macam gila tak pad spare pun sampai 30pcs letak dalam kereta? Hahahaha. Diam kau.

Kasut aku semua dalam keadaan selamat, alhamdulillahhhh..

Nasib baik aku ada insurance untuk windscreen. So dia cover sekali cermin tingkap semua. Side mirror tak cover ok. Windscreen insurance ni separate tau, tak termasuk dalam insurance kereta tu, so kalau kau claim pun, dia takde reduce NCB tu. Tapi dalam setahun boleh claim sekali je. Jadi saya nasihatkan kepada semua, sila lah tambah windscreen insurance tu.. Nak claim pun senang, takyah bawak police report pun, just bawak policy je pegi ke bengkel yang under insurance ko tu.

Tapi apa-apa pun, aku mestiiiii nak reportkan pada bapak polisi..! So pergi report kat Balai Polis Kerinchi, lepas tu pegi pulak Balai Polis Pantai, jumpa pegawai siasatan jenayah dia, bagi statement lagi. Siap photographer amik gambar Gina.

Pakcik polis cakap, diorang memang dah agak dah, cuti sekolah je mesti benda-benda camni berlaku. Dulu dah pernah tangkap dah, budak sekolah belasan tahun. Sekarang jadi lagi.. hoh.

Siap semua, pergi Sum Motor, kat Jalan Klang Lama. Nasib baik pulak tak sesat. Sebab bengkel tu tepi jalan je. Pukul 4pm, siaplah pembedahan kosmetik Regina. Masuk kereta, hujan selebat-lebat.. Sepanjang jalan berdoa jangan la bocor lak tingkap yang baru pasang tu.

Sampai rumah je, kecut perut nak tinggalkan Gina. Dekat setengah jam ok aku duduk dalam kereta, taknak keluar. Tapi akhirnya keluar jugak la takkan aku nak tido dalam kereta kan.

Malam tu nasib baik la my cousin yang kebetulan datang meeting ajak tido Cititel ngan dia. So selamat la Gina malam tadi pun tido carpark hotel jugak.

Tapi malam ini???

wuwuwuuuu.. kawan-kawan aku sume cakap mungkin dah patut tukar kereta.. Tapi aku taknak lagi. Gina sangat bagus ok. Budget pun takde. So bwak-bawak la sedar diri kan.. pakai aje la apa yang ada..

Nasib baik esok balik Kuantan 🙂

Kepada budak yang pecahkan cermin kereta gua, semoga kau fail exam forever.

13 Comments

  1. iz… kasihan kau….
    kurang ajar la org yg buat tu… dah la bulan nie perbagai bende perlu dubayar,, maaf is tak dapat membantu sbb aku pon pokai 🙁
    tapi aku berseimpati terhadap kau dan gina

  2. kesian ko.sabarla iz.mmg patut ko doakan die fail exam.kalo betul budak2 yg curik,ngan aku tumpang maki.bodoh tul

    1. Jahat kan budak-budak skrg ni. Patut kalau kena tangkap ni, kasik belasah cukup2, and jgn bagi mak bapak ikat jamin. Pastu suh mak pak dia byr ganti rugi kat org yg kena aniaya ngan anak dia. Kalau tidak, biar la anak kau dalam jel

  3. I pun nak tumpang sedih, coz I pun accident baru2 ni..huwaaargghhh…Mcm u kata awal tadi, dah la bulan ni nak guna byk duitttt…uwaaaaa!! (erk, tapi i punya kes, i yg langgar, keta yg tak bergerak plak tu..sadis2)

    1. Haaa? u pun eksiden? Langgar kereta tak bergerak tu almost macam my case yang langgar kete masa traffic jem tu la, hahaha. Teruk ke kereta u? Gi keje macam mana?

  4. Ko insured under company mane ek? Aku nk claim jgk windscreen kete aku tp kena wat police report..Cibai btol!!! pasni cdg nk tkr insurans lain plak.Leceh!!

    1. Aku pakai etiqa. Smlm masa aku call etiqa, dia kata tayah bwk police report, just bwk policy insurance je. Dah tu cepat siap lak tu. Takde nonsense procedure yg menyakitkan hati. Hantar kul 1.30pm, kul 4pm dah siap. Sign surat je terus leh bwk balik kete 🙂

  5. Pingback: Nasib Malang Gina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.