Last weekend, aku join family day husband buat kali pertama, di Bukit Gambang Resort City. Kat Kuantan je pun. Tapi aku punya packing baju, kalahkan nak pegi obersi. Padahal kalau dah kecemasan sangat, boleh je balik rumah hahaha.
Accomodation ialah di Caribbean Bay Suites. Kami berdua je kan, so kitorang dapat Studio Suite. Dia ada tiga jenis bilik. Studio Suite, Family Suite and Deluxe Suite.
Ni entrance je. Bukan reception area, hehe. Ko nak check in, kalahkan kat bank ok. Kena amik nombor dulu.
Tadaaaa.. inilah Caribbean Bay Suites.
Dia ada blok S1, S2, S3.. kitorang dapat bilik S3-01-08. Bilik hujung sekali..
TV kecik cinonet. Ada TV1, TV2, TV3, Vision Four dan TV9 je. Bolehla dari takde
Aku ada satu amaran buat korang. Upon check-in, mintak bilik yang molek sikit permandangannya. Kalau tidak, kau mungkin dapat view yang semacam ini..
CONSTRUCTION..!!!! Herghhhh..!!
Bengang aku okeh. Patutnya kat balkoni tu boleh duduk relax tengok luar. Tak kisah la tengok blok lain ke, tengok swimming pool ke. Tapi tengok orang buat construction is a big NO! Dah la dengan bisingnya. Langsir terpaksa ditutup memanjang ok.
Memang la kami habiskan masa banyak di luar bilik, tapi bila balik bilik, kami nak la jugak duduk berbual laki bini kat balkoni sambil minum teh dan makan biskut. Eh ehh.
Kalau tak silap aku la, diorang tengah buat Arabian Suites rasanya.
Nasib baik housekeeping dia tip top. Bila balik bilik petang Sabtu tu, bilik bersih dan semua dah diganti baru. Ada sesetengah hotel, kedekut towel. Nak mintak ganti towel pun payah. Yang ni bagus.
14 companies ada events kat situ weekend haritu ok.. boleh imagine berapa ramai manusia? – Ramai gila
Senarai harga untuk breakfast, lunch, dinner.
Ni la yangkonon-konon taknak makan banyak sangat pagi tu. Sekali habis jugak semua
Next entry: Bukit Gambang Waterpark punya cerita pulak
blogwalking. tunggu entry bukit gambang plak. dah lama tingin nak pegi masih survey2 lagi. thanks for sharing 🙂
entry bukit gambang kul 10 karang hehe. Boleh la pergi nanti, best jugak 🙂
giler la 14 company..harus la ada sistem amik nombor k!
hahahaha kan.. macam kat bank! kalau group check-in senang sikit la.. kalau yang kena check-in sendiri, entah berapa lama la kena tunggu