Bukit Gambang Water Park

Since kitorang punya event memang dah buat group booking awal-awal kan, so takyah la nak beratur beli tiket ke hape sebab semua dah ready.

 

Kena naik mini tram untuk bergerak dari hotel ke waterpark

Tiket tram ni RM1 je. Bukannya jauh sangat. Ada la kot 1km je dari hotel ke waterpark. Kalau nak drive kete sendiri pun boleh. Tapi nanti kau nak parking tu punya la jauh sebab penuh gila parking. Kalau naik tram senang, dia dropkan kau depan entrance waterpark. Nak balik nanti pun dia amik depan entrance tu juga.

Budak-budak suka sangat la naik benda ni. Ketapi katanya. Dah la takde pintu, takde tingkap kan. Ehh suka sangat la tu.

Pose dulu sebelum masuk

 

Jangan bawa masuk bom ke sini ok. Haha.. siap ada gambar bom

 

Top up e-value

Kat dalam water park, semua cashless. So bila masuk je dalam, terus cari kaunter top up ni. Kau kena top up dulu ‘gelang tangan’ kau. Kitorang top up sorang RM50. So nanti bila nak beli or sewa apa-apa kat water park, dia akan scan code bar pada gelang tangan tu, tolak value dari situ. Kalau kau tak habis guna, dia akan refund. Jangan risau. Better top up lebih. Kalau tak cukup kang sesia kena beratur balik.

Antara benda yang kau wajib sewa selepas top up tu ialah:

1) Locker
2) Tube (Single or double – tube ni pelampung)
3) Cabana (pondok)

Kalau bawa family, better la sewa cabana tu. Sebab kalau anak kau nak tido ke, nak berehat ke.. boleh la melepak kat cabana tu.

Ginilah rupa paras cabana tersebut

 

ini pula locker.

Locker dia canggih, berbentuk macam jam tangan. Selamat jika masuk dalam air. Scan ‘jam’ tu untuk bukak pintu locker. 1 locker boleh masuk 1 beg sekolah, 1 handbag dan 2 bag kecik. Camne aku tahu? Sebab aku bawak benda-benda tu, hahaha. So semua barang aku boleh sumbat masuk locker tu. Tapi ada juga si bongok yang main letak je barang atas locker. Ni kalau hilang memang padan muka la.

Anyway, family day kitorang bertemakan free and easy. So ikut sukati kau la nak main apa. Takde specific acara. Yang penting pukul 12, pegi lunch. Sebab makan tengahari disediakan.

Peringatan: Tak payah la kau nak bermekap bagai bila masuk water park ni. Sebab kau pasti akan basah. Kalau sibuk nak bermekap jugak, pasti muka kau jadi macam hantu Kak Limah bila keluar dari tempat ni, hahahaha.

 

Glacier River

Ini ialah permainan paling best. Glacier River ni umpama sebuah longkang besar dengan ombak palsu, hehe. Best wei.. jauh jugak tour dia. Husband and I main game ni 2 kali. First time tu kitorang main 2 round. Bila dah petang sikit, layan sungai ni lagi sekali, 3 round pulak hahaha. Ada baby sorang ni, siap boleh tido lena atas bapak dia. Best kot layan ombak, hehe.

 

Sebelum tengah hari, air dia biru je.. bila dah petang tu, air dia dah bertukar kaler dah. Haha. Mana taknya, kaki semua berpasir, masuk dalam air, kotor la air kan..

 

Ni nama dia Piranha Bucket – for kids only, kononnya.. haha

 

Tapi bila kena simbah dek piranha tu, yang tak berapa nak budak yang melebih-lebih excited, hehe.

 

Company sewa cabana kat area ni.. Opposite kolam renang.  Nampak tu tepi pokok? Empat sederet. Sedap aa sikit kitorang duduk selepas penat berbasah-basahan hehe.

 

Kids slide. Slide untuk kanak-kanak.. rendah je..

 

 

Ni semua feeling kat Miami beach la ni

 

Padahal Coco Beach je.

Hahaha. Coco Beach ni memang paling aku tak berkenan. Sebab kan kitorang duduk kat tube tu kan. Pastu terumbang ambing atas ‘lautan’ tu.. Pening kepala wei.. Baru kat Coco Beach dah pening kan.. Camne la Rose dalam Titanic tu boleh terapung lama kan? Motip tetibe nak feeling Titanic? Hahaha

 

 

Penguin Ekspress – tempat kau recharge tenaga. Makan laaaa.. As usual, beli makanan semua kena pakai e-value. So kalau kau takde top up kat gelang anak kau, jangan la suruh dia pegi beli ais krim sendiri. Kang kesian budak tu penat beratur, tetibe gelang takde value.

Aku pegi toilet baper kali entah. Sebab suami takmau aku jadi batak, kencing dalam air. hahahahahaha. So dengan kebasahan tu, beratur la jugak aku kat toilet.

 

Bayi yang tidur dalam pelampung.. relax je hidup sebegini..

 

6 Lane Racer..

 

Baca dulu sebelum bermula. Kang kalau salah & apa-apa terjadi, diorang takkan tanggungjawab. Tapi ada lifeguard yang akan make sure position kau betul sebelum start.

 

Nampaknya semua selamat.. hehe

 

Ni ialah Family Raft Ride – kena pakai pelampung yang disediakan, naik 4 orang sekali, lepas tu jerit beramai-ramai.

Antara game lain yang memerlukan kotak suara yang sihat selain dari Family Raft Ride dan 6 Lane Racer ialah:

1) Crystal Slide
2) Galaxy Slide
3) Canopy Slide

Aku menjerit sampai nak tercabut tekak kot. Tapi orang belakang senyap je Sad smile tak ngeri ke? Tak aci betul kena jerit secara solo.

Peringatan: Kalau main game di atas, sila pastikan kau jerit masa tengah slide je. Bila dah hampir dijunamkan ke dalam air, sila senyap, tutup mata, dan tahan nafas. Kalau tidak, nanti air masuk hidung lalu kau akan tersedak selama sekurang-kurangnya 10 minit – aku dah merasa.

Tengok berapa ramai manusia. Air pun tak nampak. Hahaha

 

Buffet Lunch @ Garden Terrace

Biasanya buffet lunch disediakan kalau company kau nak. Kalau taknak, diorang boleh gak sediakan lunch pack. Kalau datang dengan family, pandai-pandai la bawak bekal nasik lemak ke.. atau beli makanan kat situ. Walaupun katanya no outside food allowed, tapi aku tengok ramai je yang bawa bekal sendiri. Mungkin kena sorok bekalan dalam bakul susu anak kau kot hahaha.

 

 

Ini aku tak ingat apa namanya.. belum siap lagi.. sebab tu takde orang main. Macam ala-ala kem Khidmat Negara pun ye jugak hahaha.

Kitorang round satu waterpark dulu, amik gambar puas-puas dulu.. Lepas makan tengah hari baru terjun dalam air, haha. Kalau sampai-sampai je terus terjun, makanya takde la gambar sebanyak ini kan. Dah tu siapa pulak yang nak tolong jaga camera kau bila kau masuk dalam air ye tak? Kamera I bukan water resistant *sob sob*

 

Nah.. operation hours. Jangan datang hari Selasa pulak. Kang menganga la ko tengok waterpark tutup hahaha.

 

Ukur la anak-anak ko dulu ye.. Kot kurang dari 90cm, takyah bayar.. hehe.

Ni address dia:

Jalan Bukit Gambang Utama
Bukit Gambang Resort City
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur

Email: bg_waterpark@bgrc.com.my
Website: http://www.bgrc.com.my

Kalau nak buat booking ke apa ke, boleh la call 09-548 8000. Sebenarnya aku tak dapat satu sen pun buat promosi untuk Bukit Gambang ni ha. Kalau dapat penginapan percuma untuk bilik Deluxe Suite (yang view molek) dan tiket masuk Waterpark untuk 10 orang tu syok la jugak kan.

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.