Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Hime Memey

5 Comments 10:00 am

Ingat tak entry ini?

Aku pergi tengok anak-anak kucing terbuang tu dengan adik ipar aku. Lepas tu tengok dua daripadanya sakit telinga. So aku amik sekor je. Sebab aku takde masa nak mengisahkan telinga diorang. Kang lagi sengsara kucing tu kan. Sekor ni nampak sihat, tapi cam ada la kurap sesikit..

Masa dalam kereta, aku dah bincang dengan adik ipar, kalau setakat sekor je kita amik, baik la kita bela sendiri kan? Pastu kitorang pesan kat si kecik tu, kalau nak duduk dengan kami, kena pandai bodek suami aku. Haha. Sebab dia suka kucing yang cerdik.

Sekali memang si comel tu pandai bodek ok. Pandai main. So kami decide untuk tambah lagi koleksi si comel di rumah kami haha..

Memperkenalkan…

Hime..!!

Cara sebut ialah Hee-Mei. Maksudnya princess, in Japanese. Kalau bosan, boleh juga panggil dia Memey. Hahahahahahahaha.

Kitorang dah bawa dia pergi jumpa vet. Umur dia lebih kurang sebulan lebih. Kurap dia dah healing, dan semakin sihat. Haritu dia demam. Nanti dah sihat nanti, boleh pergi vaccine pulak. Makan pun dah bersemangat. Dia dah boleh makan dry food dah. Cam kucing-kucing yang lain, kitorang belikan dia Royal Canin gak, tapi yang Babycat. Sebab kitorang semua kerja kan, leceh kalau nak bagi wet food sebab yang tu kena kerap bagi. Tu la salah satu sebab kitorang taknak kucing kami beranak-pinak. Sebab payah nak jaga.

Aku sampai terfikir nak hire orang gaji untuk kucing aku. Kerja dia ganti pasir dan make sure makan minum diorang cukup. Ada yang berminat?

Saya good girl ok. Suka main gigit-gigit

 

Duduk di celah kaki orang ialah hobi saya

 

Tengok muka dia.. dulu cam comot sebab takde bulu, haha.. Sekarang dah baik sikit

 

Bye!

p/s: Lagi dua anak kucing haritu, masih available. Diorang dah semakin sihat sebab adik kawan aku tu jaga. Tapi dia still nak giveaway. Sesiapa mahu sila bagitau yer.

Comments

comments

5 thoughts on “Hime Memey”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Pre-Raya 2012Pre-Raya 2012

Assalamualaikum! Selamat hari raya kepada semua pembaca izyahya.com. Rasanya aku macam kena tukar domain nanti kot. Sebab no more cerita pasal izyahya. Tapi cuma pasal kucing-kucing kesayangan izyahya, hahaha. Maaf