Kitties Hachiko, Adik Baru Kami

Hachiko, Adik Baru Kami

Baiklah.

Kami ada adik baru. Hehe.

Suami tidak dapat menahan diri dari terus menerus mencari Bengal kitten as our new adik. Walaupun mengikut perjanjian asal ialah tak boleh beli Bengal sampai la tak tahu nak buat apa dengan duit yang ada. Tapi nampaknya kami berdua ingkar dengan janji sendiri haha. Lalu kami temui seorang breeder melalui Petfinder.my. Memula send email. Lepas tu tak sampai 5 minit send email, ahhh terus call je lahhh. Tak sabo nak tunggu jawapan, haha.

That cute kitty masih available. Yahuuuu!!

Kami gundah gulana. Tak menyabar nak ketemu kucing tu. At the same time risau kalau orang lain merebut kucing yang sama. Appointment dibuat pada tarikh seminggu selepas kami bertanyakan pasal kitty tu. Sambil berdoa harap-harap la server Petfinder down seminggu supaya takde orang boleh nampak kitty tu. Hahahahaha kejam tak?

Lepas majlis kenduri di Temerloh, kami terus ke Kuala Lumpur. Tujuannya ada dua. Nak tengok kucing dan nak ambik wedding album from AnnasEaskey. Dah janji dengan breeder tu, kalau kitorang berkenan, terus je nak bawa pulang.

Hello kawan-kawan kakak.. nama saya Hachiko 🙂

Kami terus jatuh cinta dengan kitty tu the moment we touched him. Macam love at the first sight la, hahaha. One tough, healthy and playful kitten. Syoknya peluk dia ni, jom bawa pulang sekarang *pack beg pakaian*. Ha macam tu la. Serious ni *muka serious*

Check muka, check mata, check telinga, check kaki, tangan, badan, tapak tangan, kuku, ekor, bontot, mata, ehhh serba serbi la aku check. Suami pula check purse. Hahahahahaha. Takkan nak bayar pakai daun kering kan. Lepas berbincang dan setuju dengan terms and conditions, servis pun bertukar tangan. Hachiko kini dalam jagaan kami, hehe. Girangnye.

Hachiko memang sangat baik, dalam kereta tak banyak ragam. Tak poop or pee. Macam mana la kakak tak sayang? Hehe.

Happy kitty

Nah tengoklah bontot saya

Hachiko ialah Spotted Bengal. Tapi kalau korang tengok gambar atas ni, memang tak nampak sangat spots tu kan. Sebab Hachiko is in his fuzzy period. Memula aku pun tak paham apakah fuzzy? Apa tu? Fuzzy tu ialah satu stage di mana corak pada kucing tu berubah macam camouflage bila baby Bengal ni mula berjalan.

Apsal nak kena fuzzy fuzzy pulak? Motip?

Sebab Bengal ni tok nenek moyang dia ialah kucing hutan atau nama glamer dia Asian Leopard Cat (ALC) yang dikacukkan dengan Domestic Cat. Hasilnya Bengal mewarisi beberapa sifat ALC, termasuklah ada fuzzy stage. Motip fuzzy ni ialah sebab takut diserang atau dimakan oleh binatang liar. Sebab masa fuzzy, dia nampak macam tak berapa clear sangat. Macam contohnya bila beruang tengok, eh tu batu ke, pokok ke, kucing ke, atau perasaan aku je? Haa gitulah.

Fuzzy tu akan hilang bila dia mencapai umur lebih kurang 4 bulan, iaitu bila dia dah pandai mempertahankan diri. Hachiko sekarang baru 3 bulan. So kalau kau nak beli Bengal, tengok gambar kitten tu masa dia baby, sebab itulah corak asal dia.

Corak asal Hachiko

Atas kepala ada 5 lines hehe

Cantik tak? Hehe

4 gambar di atas ialah milik breeder tu. Aku letak watermark aku sebab Hachiko is now mine so aku taknak orang curi gambar dia, hahaha.

Berehat dalam banglo 3 tingkat yang kakak dan abang sediakan selepas penat melompat

Sekarang dia dah kenal litter box dia, tempat makanan dia dan tempat tidur. Tidur dalam hammock tau hahaha. Nanti aku letak gambar. Tapi masih kena letak dalam cage sebab dia belum kenal dengan kucing kitorang yang lain. Kena pelan-pelan introduce sebab kucing aku yang lain kan agak emotional bila ada kucing baru, especially Kakak A-oi tu haha. Gadis kucing yang kuat cemburu.

Bengal sangat aktif dan playful. Selagi kau ada depan mata dia, selagi tu dia akan ajak kau main. Memanjat pun memang hebat. Cage yang 3 tingkat tu, hari pertama dia masuk dalam tu, dah turun naik, panjat, melompat. Sangat terer. Paling syok tengok dia berlari, macam mengendap pun ada.

Sekianlah cerita saya, haha.

10 thoughts on “Hachiko, Adik Baru Kami”

  1. Beli harga pets ke.. harga ‘with breeding rights’? Berapa percent dpt kurang dari harga asal? Sy pon minat gak..

    1. Azzy, kitorang beli as pet. So kena neuter before dia 6 months. No problem pun sebab kucing kami yang lain pun semua dah spayed/neutered. Takde plan nak breed. Since then, breeder hold Hachiko punya TICA certificate, and deposit. Kalau dengan breeding rights, rasanya RM3.5k kot. Koyak la purse, haha. Yang ni RM1.8k.. Kalau minat, drop me an email at ismaharyati [at] gmail [dot] com, then kita boleh cerita panjang

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post