Kitties I Just Wanna Go Home

I Just Wanna Go Home

Assalamualaikum kawan-kawan kakak.. Ni Hime ni.. kenal tak? Saya assume kenal la ye.. Hari tu masa berborak dengan Kakak A-oi, dia senyap-senyap bagi saya username dan password WordPress kakak, kih kih kih.. So sebab tu la saya dapat update blog kakak hari ni..

Hmm.. saya kat Jawhari Cat Medical Centre sekarang ni. Tapi bila kawan-kawan kakak baca entry ni, mungkin saya dah discharged la kot. Hopefully *tadah tangan berdoa* Ala, saya pun reti buat schedule entry okay, jangan perkecilkan saya yang sememangnya kecil ni, tahu? Jap la, sebelum saya mulakan entry ni, biarlah saya tayang muka jelita saya ni kat kawan-kawan kakak. Kot-kot la ada yang tak kenal saya kan *bajet popular*

DSCN7872 [640x480]

Apa khabar uols? Sayalah Hime..

Cara nak sebut nama saya ialah Hee-Mey.. Maksudnya princess, dalam bahasa Jepun. Biasalah tu, sesuai dengan penampilan saya yang seperti Snow White ni. Dulu sesikit lagi nama saya nak jadi Snow. Tapi kakak Aisyah gelak sakan bila emak dia panggil saya Snow. Kelakar ke wei?

Haa.. nampak jelita tak saya? Nak tahu, sejarah hidup saya ni amatlah tragis. Sebenarnya ayah kepada kawan kakak yang jumpa saya, DALAM LONGKANG..!! Lepas tu Kak Iz baik hati sangat nak tolong bersihkan saya.. tapi bila sampai kat rumah kakak, saya rasa happy je.. sebab ada ramai kawan.. kakak bisik kat saya, kalau nak duduk dengan family ni, kena pandai bodek Abang Long.. Ohh.. itu perkara kacang je..

DSCN6753 [640x480]

Inilah saya, masa first week saya tinggal dengan family kakak. Hodoh, ye saya tahu

Berkat kasih sayang kakak dan seisi keluarga, saya telah membesar dengan sihat dan kuat, walaupun saya tak minum Milo, heh. Semakin comel setiap hari dan maintain manja serta tergedik-gedik. Biasalah remaja pompuan macam saya ni, semua pun tergedik-gedik. Kata orang, #BBNU (Budak Baru Nak Up)

DSCN7784 [640x480]

Baru bukak mata pagi-pagi, dah gedik dah, heheh

Saya ada satu rahsia. Nak tahu tak, abang long panggil saya ‘tikos makmal’. Sebab dia kata saya putih macam tikus makmal.  Lepas tu muka saya ni macam muncung sikit..

DSCN7841 [640x480]

Tikos makmal katanya.. cis..

Umur saya sekarang 5 bulan lebih.. seperti yang saya katakan di awal entry tadi, saya sekarang kat Jawhari Cat Medical Centre. Sebab kakak hantar saya untuk di-spay. Hah, sebelum nak komen atau komplen pasal spay dan neuter ni, saya persilakan dulu anda baca entry ini. Apa yang kakak buat ni semua untuk kebaikan saya.

Kakak A-oi kena spay masa umur dia 6 bulan lebih kalau tak silap saya. Saya, baru 5 bulan lebih. Tak sangka saya terlebih miang juga, kahkahkah. Tapi apa boleh buat, bukannya saya mohon untuk matang di usia muda. Suatu hari tu saya tengok kakak gelisah semacam, lepas tu dia asyik perhatikan saya. Lepas tu dia call kakak misi kat Klinik Jawhari.

Lepas tu kakak peluk saya sambil tengok tv. Dia cakap dengan saya "Hey Memey, rupanya awak tengah on heat ye? Patut la kakak tengok awak tertonggek-tonggek, tergolek-golek tak tentu pasal.. tapi takde bunyik macam miang pun.. rupanya silent heat awak ni.."

On heat? Apakahhhhhh..??

Lepas tu saya keluar bilik sekejap, cari kakak Sookie. Dia tengah minum air masa tu. Saya pun tanya la kakak Sookie, apakah on heat tu? Kakak Sookie jawab "Tengah miang la, samdol..!!"

Huihhhh..melampau betul Kakak Sookie ni cakap saya samdol.

Kakak cakap esoknya dia nak bawa saya pergi spay. Saya setuju je lah. Saya tahu kakak takkan buat benda yang tak baik untuk saya. Malam tu saya borak dengan Kakak A-oi, Ichii dan Sookie.. tanya pasal spay. Diorang kata kakak Iz akan tinggalkan selama seminggu, sampai luka tu agak kering. Kat klinik ada orang jaga dan bagi perhatian. Kakak kan kerja dan balik lewat, kesian jugak kat dia nanti. Tapi diorang kata nanti kakak datang melawat, so tak payah risau la.

The next day, kakak bawa saya pergi office dia dulu.. sebab klinik buka pukul 10 lebih. So saya pun main-main la kat office kakak dulu.. main meow meow, main lari-lari. Best.

IMG00328-20111115-0955 [640x480]

Main-main di office kakak

IMG00334-20111115-1015 [640x480]

Masa ni saya ingat nak tolong kakak jawab telefon, tapi telefon tak berbunyi pulak haha.

IMG00332-20111115-1013 [640x480]

Saya budak baik.. duduk diam je sebelah kakak 🙂

Bila klinik buka, saya pun dihantar. Saya sedih kena babai kakak. Love hurts, you know..? I love my kakak very much. Dalam kereta saya nangis-nangis sikit tapi kakak promise nak datang lawat saya.

Kakak kept her promise, dia datang lawat saya lepas sehari saya dibedah. Kakak Ira dan Kakak Siti (sepupu abang long) pun datang juga. Masa kakak misi bawa saya keluar, saya meow meow.. sebab ingatkan dia nak bawa saya pergi manalah agaknya kan. Rupanya nak bawak jumpa kakak! Yahu yahu yahu. Saya terus diam bila nampak kakak. Wuuuu… terharu saya tau. Kakak peluk saya, cium saya. Dia tanya saya apa khabar, sakit ke tak..

DSCN8735 [640x480]

rupanya kakak pun rindu saya

Kakak misi bocor rahsia.. dia cakap "Hime manja sangat, makan nak bersuap.." Alah, tak tahu ke saya memang manja? Saya ni rindu keluarga saya. Sebab tu la makan pun takde selera. Actually bukannya takde selera.. tapi saya jadi malas sebab takde geng temankan saya makan.

DSCN8114 [640x480]

saya rindu Hachiko si capang.. dia ni BFF saya sebab kitorang almost sebaya

Saya rindu kakak A-oi yang peluk saya ketika tidur

DSCN7928 [640x480]

Saya rindu nak tidur dalam hammock saya dan buat aksi monyet macam ni

Ini jahitan kat perut saya

Kakak misi bagitahu kakak, saya kena 3 ke 4 jahitan macam tu. Saya berharap jahitan ni cepat kering. Kalau cepat kering, maka takde la ganggu healing process dan saya pun cepatlah sihat semula. Lepas tu boleh la saya main-main macam biasa semula.

Inilah berat badan terkini saya. 2.38kg

Dulu saya lebih berat dari Hachiko. Sekarang dia pulak yang lebih berat dari saya. Kakak cakap, si Hachiko tu sekarang dah 2.88kg. Heh, dia tu berat tulang je saya rasa, kui kui.. Hah, tahu tak, kakak Sookie tu berat dia dah 4.6kg? Ish raksasa betul. Jangan pulak nanti kakak suruh dia diet dan pakai Premium Beautiful hahahahaha.

Hmm.. harapnya cepat la saya boleh balik rumah. Rindunya dekat semua orang. Sedih masa kakak nak balik lepas melawat saya tu tau..

20 thoughts on “I Just Wanna Go Home”

    1. Cost spay biasanya between RM150 – RM180, depends la masa tu dia on heat ke tak. Package dia, 3 hari 2 malam. Biasa kalau masa tengah heat, mahal la sikit. Kalau neuter (untuk jantan), cost dia RM130. Anna kat mana? Biasa kalau kat KL, ada klinik yang buat murah. Kat Kuantan ni, mahal la sikit. Tapi tak banyak choice kan, so mahal sikit pun takpelah -_-

  1. Oh, mahal juga. I dekat Kuantan juga. I ada dua anak bulus berwarna putih juga. Tak sure mereka berapa bulan dah. Mengikut vet itu hari dia cakap 1 bulan lebih, so maybe sekarang dah 2 bulan lebih, kot. You kasi mereka makan apa?

    1. oohh.. 2 bulan tu baby sangat lagi.. kucing jumpa ke? Atau memang dia ada emaknya? Lambat lagi kalau nak spay pun.. boleh la start saving dari sekarang hehe. Kalau nak spay, berat badan diorang kena lebih daripada 2kg. Kalau berat badan tak cukup, walaupun dia dah lebih dari 4 atau 5 bulan pun doktor taknak buat. 2 bulan, dah boleh start hantar for vaccination & deworm tau.

      Kucing I semua makan Royal Canin dari kecil. Dari umur 2 hingga 4 bulan, diorang makan Babycat 34. Lepas umur 4 bulan, diorang makan Kitten 36. Sometimes I bagi makan wet food juga 🙂

      1. Tu lah, I pun tak sure. Diorang nampak macam dah besar je cuma tak gemuk. Memanjang. Haritu I pergi bawa diorang ke Jawhari untuk deworm. Cuma vaksin belum lagi. Vet cakap tunggu 4 bulan ke atas. I pun kasi Royal Canin. You deworm mereka berapa kali sebulan atau sebulan sekali? Kasi sendiri atau pergi vet? I haritu bawa ke Jawhari. Setiap dua minggu datang sana deworm. Lepas tu husband beli ubat cacing tu buat sendiri. Murah sikit katanya.

        1. Kucing i yg Hachiko tu tak gemuk jugak, dia memanjang, Tp badan dia berat. Eh betul ke doktor cakap tunggu 4 bulan? Hachiko start vaccine umur 2 bulan. Sekarang dia 5 bulan, dah settle dah 3 kali vaccine tu. Next vaccine, tahun depan pulak. Deworm masa memula tu memang 2 minggu sekali. After few times, dah jadi sebulan sekali.. mcm sekarang. Tp hantar pergi vet. Sebab vet bagi dose ubat based on berat badan diorang. Tak berani i nak memandai beli ubat and bagi sendiri. Takut salah dose hehe. U first time bela kucing, atau memang dah ada kucing lain?

  2. Haa kucing I berat. Perut buncit. I first time bela sendiri. Dulu ada kucing tapi kucing adik, so I pandai main je. Lain-lain dia buat hehe. Kalau ikut husband dia tak kasi bela tapi haritu dengar diorang mengiau ngiau belakang rumah tepi longkang. Terkedek kedek dia jalan. Rasanya orang buang. So tanpa rela husband benarkan I bela kucing. Haritu ada 3 ekor. Seekor dah mati cirit birit. Masa tu tak deworm lagi. Lepas kejadian yang menimpa John tu, terus I bawa yang dua lagi tu ke Jawhari. Ha itu lah doktor tu cakap kalau nak vaksin 4 bulan ke atas. I pun confuse.

    1. Takpelah kalau doctor yg ckp gitu kan, ikutkan aje, hehe. Anak kucing memang pandai amik hati, buat orang tak sampai hati nak biarkan dia, hehe. Yang penting kalau dah start vaccine nnt jgn missed due date dia. Doctor kat Jawhari ni strict sikit bab vaccine ni. AMboi nama kucing u yang mati tu John? Lagi 2 ekor nama apa?

      Dulu masa 1st time bela kucing, I pun blur. Nak bg makan apa pun tak tahu. Semua mintak nasihat doktor & banyak baca kat internet. Alhamdulillah la sekarang dah 6 ekor kucing. 2 ekor je adik beradik. And semua dah spayed/neutered. So takde la susah hati kalau diorang main kat luar rumah. Hehe. Hachiko next month hantar for neuter 🙂

  3. I pun nanti nak neuter kan mereka. Yang dua tu nama Moz dan Josh, hihi. Dua dua putih. Muka kadang-kadang comel, kadang-kadang macam tikus. Semalam mencabar betul iman I. Balik rumah tengok ada yang berak merata. Adoi. Ada tiga dot. I perasan yang Moz tu punya tahi okay. Yang Josh tu kadang-kadang cirit. Kenapa eh? -_-

    1. Sekor jantan, sekor betina ke? Kalau dedua jantan, senang je nak jaga bila neuter nanti. Yang betina tu susah sikit sebab diorang siap kena jahit kan. Process healing tu lama. Hahaha si Hime tu nampak macam tikus jugak. Tu yang husband i panggil dia tikus makmal haha. Agaknya kucing u kecacingan kot. Tu yang tercirit. And maybe dats why doktor taknak vaccine lagi. Nak vaccine kena bebetul sihat. Kucing u letak dalam rumah ye? Kalau diorang tengah cirit macam ni, better sediakan bekas pasir tu banyak sikit. Supaya senang diorang nak berak. And tempat diorang berak tu, make sure u sental bersih-bersih jangan ada bau. Sebab kalau tidak nanti ada potensi diorang berak kat tempat yang sama. Kucing jumpa ni mmg memula byk masalah sikit. Cacing la, kurap la.. kesian.. sebab dia makan benda bukan-bukan kan.. Kalau dia cirit teruk, bawak pergi vet. Takut dehydrated pulak nanti. Dulu ada sekor kucing i asyik cirit je, sampai doctor check for hawar kucing. Hawar kucing ni boleh bawak mati kalau lambat bertindak.

  4. Dua dua jantan. Haritu husband I ushar dah nampak batu dah haha. Haritu berak Josh tu okay, lately macam ada tercirit. Confuse betul. I letak dalam rumah kadang-kadang bawak dia keluar kat depan tempat lapang main rumput. Itu pun bila dengar bunyi kereta/motor gelabah ketakutan. Haritu dapat diorang banyak gila tahi kutu ke apa entah kat badan. Misi dekat Jawhari cakap tahi kutu. Sekarang alhamdulillah dah takde. Hawar tu apa? Sejenis penyakit?

    1. Bagusnya la dapat jantan dedua. I punya dua ekor je jantan. Hahaha anak kucing memang takut dengar bunyi bising. Tengok la kalau cirit lagi kena jumpa doktor la. Hawar ni penyakit berjangkit kucing yang berjangkit melalui udara. Dia cirit dan muntah.. Kalau sekor kena, nanti ada chance jugak yang lain kena jugak. Tu yg bahaya. Hime dulu masa jumpa pun banyak kutu. Lepas tu bagi medicated bath. Semua 6 ekor sekali i mandikan dgn ubat tu. Takut berjangkit. Sebab diorang kan main bergumpal-gumpal, wrestling, smack down semua ada, confirm boleh berjangkit punya. Medicated bath tu kena mandikan kucing setiap 2 minggu dan bilas dgn ubat kutu tu, Ulang mandi every 2 weeks, selama 3 kali berturut-turut. Lepas tu terus bebas kutu, hehe.

  5. ko nyer penerangan dah rupa doktot kucen weh..hehehe mmg kamus kucen bergerak dah rupa nih..bagus! esok2 mmg ko rujukan aku…aku dulu pun bela kucen main hentam je..penah sekali kucen aku demam kot..aku kasi panadol! sib baik tak mati (T_T”) and nasib baik kucen aku jenis liar (kg) so ketahanan perut adalah tinggi..hehehe..

    1. hahahaha.. dah setahun dengan pelbagai masalah, macam-macam ragam.. banyak benda jugak la yang tahu.. Tapi still ada benda yang tak tahu.. Especially petua-petua kalau kucing sakit ke.. sebab aku tak berani nak cuba. Husband aku jenis kalau kucing sakit, bawak pi klinik. Jangan memandai cure sendiri. Eh tapi aku ada baca jangan bg kucing panadol, bahaya untuk organ dalaman dia. Chocolate pun haram untuk kucing.

      babe, kucing aku pun kucing kampung jugak hahaha.. kecuali sookie dgn hachiko.. yang lain kucing jumpa la, orang bagi la.. semua short hair.. Tapi dapat layanan bak diva. Tu yang masing-masing berlagak eksyen tu hahahaha..

    1. Spay biasanya between RM150-RM180 (depends masa tu your cat on heat atau tak). Pakej dia 3 hari 2 malam. Kalau tambah lagi, kalau tak silap dia charge 1 hari RM15 kot, sekali la dia dressing dan bg makan. I bayar around RM240 macam tu la for 1 week. Balik rumah still kena dressing for another 1 week, tapi luka dia dah kering la masa tu.

      Kalau neuter pulak, if u tinggalkan one week, balik rumah dah boleh melompat berlari 🙂

Leave a Reply to Anna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post